Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Dapatkan vaksin demi kemaslahatan masyarakat' :Timbalan Mufti

Program vaksinasi COVID-19 di Singapura bermula sejak 28 Disember 2020 dan masyarakat Muslim diingatkan lagi bahawa mereka tidak perlu risau atau ragu-ragu kerana garis panduan agama adalah jelas dalam perkara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Program vaksinasi COVID-19 di Singapura bermula sejak 28 Disember 2020 dan masyarakat Muslim diingatkan lagi bahawa mereka tidak perlu risau atau ragu-ragu kerana garis panduan agama adalah jelas dalam perkara tersebut.

Tindakan proaktif untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 juga adalah sebahagian daripada sumbangan kepada masyarakat umum demi mencegah sebarang jangkitan.

"Mendapatkan vaksin tidak hanya menjaga keselamatan diri kita sendiri. Ia juga melindungi kesejahteraan masyarakat umum," kata Timbalan Mufti Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan dalam satu forum online untuk mendampingi masyarakat Islam di sini mengenai program vaksinasi negara.

Forum yang disiarkan secara langsung di Facebook Masjid Yusof Ishak dan Youtube Salam SG TV pada Rabu (20 Jan) itu turut disertai anggota Jawatakuasa Fatwa, Ustaz Fathurrahman Dawoed serta Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan Dr Nurhidayati Mohamed Suphan.

Perbincangan tertumpu kepada keprihatinan berhubung vaksin COVID-19 dari perspektif perubatan dan agama.

KEDUDUKAN AGAMA TENTANG VAKSIN

Ustaz Fathurraham menekankan bahawa sebarang Irsyad atau Fatwa harus berlandaskan prinsip dan nilai-nilai syariat Islam selain mengambil kira konteks masyarakat.

Berdasarkan hal tersebut, Pejabat Mufti mengeluarkan Irsyad pada 13 Disember tahun lalu mengenai penggunaan vaksin COVID-19 bagi masyarakat Islam di Singapura.

Ia menjelaskan bahawa Islam sangat menitik beratkan kesucian nyawa dan keselamatan serta melindungi kehidupan pada setiap masa.

Justeru, setiap usaha melindungi nyawa manusia daripada sebarang jenis bahaya dan kemudaratan, seperti penghasilan vaksin dalam suasana pandemik, sangat digalakkan dalam agama.

KEPRIHATINAN MENGENAI KESELAMATAN VAKSIN

Menjawab keprihatinan berhubung keselamatan vaksin itu pula, Dr Nurhayati menjelaskan bahawa Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sudah menjalankan ujian untuk memastikan keselamatannya.

Beliau berkata: “Vaksin yang diluluskan dan diedarkan di Singapura telah menjalani proses yang ketat oleh para pakar perubatan dalam penyakit berjangkit.”

Tambahnya meskipun ada risiko kesan sampingan, impaknya adalah kecil dan menjejas jumlah pengguna yang amat kecil.

“Sangat jarang sekali seseorang itu terjejas teruk dan data menunjukkan tiada kes komplikasi di Singapura,” kata Dr Nurhayati.

“Harapan saya bagi masyarakat Islam ialah bagi kita sentiasa menunjukkan nilai-nilai murni keyakinan, kasih sayang dan murah hati dalam apa sahaja yang kita lakukan,” ujar Dr Hannan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan