Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dapatan kajian ciri mudah alih Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu bakal dikongsi jelang hujung 2024

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) bercadang untuk berkongsi dapatannya daripada kajian mengenai daya mudah alih Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu, menjelang akhir tahun ini.

Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam mengumumkan demikian di parlimen pada Isnin (9 Sep).

Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu menawarkan perlindungan insurans privet selain daripada MediShield Hayat, iaitu skim insurans kesihatan nasional Singapura.

Menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada April lalu, kajian tentang sama ada ia boleh dilaksanakan, yang pertama kali diumumkan pada 2021, boleh disiapkan tahun ini.

Pihak berkuasa sebelum ini menyatakan ciri mudah alih, atau keupayaan seseorang untuk menukar syarikat insurans kesihatan secara bebas, untuk Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu, mungkin menyebabkan implikasi-implikasi lain seperti tekanan dalam kalangan syarikat insurans untuk mengurangkan faedah-faedah atau meningkatkan kadar premium supaya kekal berdaya tahan.

Dalam menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Tan Wu Meng, Cik Rahayu mengulangi bahawa ciri mudah alih Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu ialah perkara "yang sangat kompleks" yang mungkin mempunyai "kesan-kesan yang tidak diingini".

"Apabila setiap syarikat insurans tidak pasti tentang risiko yang perlu mereka tanggung, premium sebenarnya mungkin naik dan secara keseluruhannya, ini mungkin tidak membantu," katanya.

"Kami benar-benar meneliti perkara ini (dan) kami berhasrat untuk berkongsi dapatan kami menjelang hujung tahun ini."

Secara berasingan, Majlis Medishield Hayat "sedang melaksanakan semakan semula yang menyeluruh" terhadap Medishield Hayat, kongsi Cik Rahayu.

Matlamat utama semakan semula tersebut adalah untuk memastikan skim insurans kesihatan negara itu "terus melindungi rakyat Singapura daripada kos perubatan yang besar sedang saiz bil semakin meningkat dan landskap penjagaan kesihatan kian berkembang".

"Ini bermakna perlindungan mungkin diperluaskan dan had tuntutan mungkin perlu dinaikkan, untuk memberi lebih banyak ketenangan fikiran bagi rakyat Singapura sekiranya mereka berdepan masalah kesihatan yang besar," katanya, sambil menambah bahawa butiran lanjut akan dikongsi apabila semakan semula tersebut selesai dijalankan akhir tahun ini.

Meskipun MediShield Hayat dilakarkan untuk menampung sebahagian besar bil bersubsidi, Cik Rahayu menarik perhatian bahawa ramai rakyat Singapura masih memilih Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu. Ada juga yang akan memilih untuk membeli 'rider' yang ditawarkan oleh syarikat insurans privet untuk mengurangkan lagi perbelanjaan hospital.

Sungguhpun demikian, kira-kira separuh daripada mereka yang mempunyai Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu dan perlindungan 'rider' akhirnya menggunakan penjagaan bersubsidi di hospital awam, kata Cik Rahayu.

"Pesakit-pesakit ini mungkin tidak memerlukan Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu atau 'rider', kerana MediShield Hayat secara amnya cukup menampung episod sedemikian, dan akan dipertingkatkan lagi selepas semakan semula utama dikendalikan tahun ini," katanya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan