Dana tambahan S$16j diagihkan kepada pemandu teksi & kereta sewa privet
Dana tambahan S$16 juta akan disediakan bagi pemandu teksi dan kereta sewa privet di bawah lanjutan dan peluasan Dana Bantuan Kewangan COVID-19 untuk Pemandu.

Gambar fail pemandu teksi yang sedang menanti penumpang. (Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Dana tambahan S$16 juta akan disediakan bagi pemandu teksi dan kereta sewa privet di bawah lanjutan dan peluasan Dana Bantuan Kewangan COVID-19 untuk Pemandu.
Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media hari ini (20 Nov).
Sekitar 50,000 pemandu dijangka meraih manfaat dengan jumlah keseluruhan sokongan diagihkan kepada mereka sejak tahun lalu kini melebihi S$530 juta sedang aturan kerja dari rumah terus kekal.
Agihan itu akan dinaikkan daripada S$5 kepada S$10 sehari bagi setiap kenderaan pada Disember nanti.
Pada Januari tahun depan pula, pemandu akan menerima S$5 sehari bagi setiap kenderaan.
Mereka yang sudah berada di bawah skim itu akan secara automatik menerima sokongan lanjutan berkenaan.
Selain itu, pengendali teksi berikrar untuk terus memberi sokongan sewa bagi pemandu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.