Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana S$8 juta sokong projek penyelidikan jagaan kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Projek-projek penyelidikan dalam bidang jagaan kesihatan mungkin dapat direalisasikan dengan sokongan dana S$8 juta.

Ini bermakna, khidmat jagaan lebih baik boleh ditawarkan kepada pesakit sedang huraian yang praktikal dicipta dengan lebih pantas.

Dana itu disediakan di bawah satu kerjasama antara kelompok jagaan kesihatan SingHealth dengan agensi penyelidikan A*STAR.

Projek pertama yang akan disokong di bawah Kerjasama Terjemahan Jagaan Kesihatan (HTP) bertujuan menghasilkan teknologi bagi mengesan sesetengah penyakit mata lebih awal.

Ini termasuk sejenis sofwe yang membolehkan doktor menilai pesakit melalui cara yang kurang invasif.

Sofwe tersebut boleh memberikan gambaran tentang saiz, ketumpatan dan kesan parut pada kornea mata pesakit. Ini sekali gus membolehkan rawatan diberikan lebih awal.

"Pesakit boleh diberikan diagnosis lebih awal, dan mereka boleh mendapatkan rawatan lebih awal. Bagi pakar klinik, kami dapat memantau perkembangan mereka dengan cara yang lebih tepat dan kami juga dapat memberikan rawatan tepat pada masanya," kata Profesor Madya Liu Yu-Chi, Saintis Klinikal, Jabatan Kornea dan Penyakit Mata Luaran, Pusat Mata Nasional Singapura.

Projek-projek lain yang akan menerima sokongan adalah dalam bidang teknologi perubatan, sains data, kecerdasan buatan (AI) dan khidmat kesihatan.

Sebuah pejabat kerjasama khas juga akan ditubuhkan.

Ia akan membolehkan para pakar dalam tiga bidang inovasi jagaan kesihatan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan industri dan penyelidik.

Ini mungkin bermakna, hasil inovasi boleh dipasarkan dengan lebih cepat lagi.
Sumber : CNA/AI/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan