Skip to main content

Singapura

Dana S$55 juta pacu daya inovasi sektor pengilangan SG; cipta pekerjaan nilai tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
Dana S$55 juta pacu daya inovasi sektor pengilangan SG; cipta pekerjaan nilai tinggi

Petikan skrin video Mediacorp.

Diterbitkan : 03 Oct 2025 07:17PM Dikemas Kini : 03 Oct 2025 10:25PM
SINGAPURA: Industri pengilangan Singapura bakal mendapatkan suntikan dana melebihi S$55 juta bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor-sektor seperti semikonduktor dan aeroangkasa.

Ia akan dilakukan menerusi empat makmal bersama yang akan dilancarkan di bawah perkongsian dengan institut penyelidikan A*STAR dan para pemain industri.

Makmal-makmal itu dijangka menghasilkan barisan produk baharu serta peluang perniagaan bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME).

Ia juga akan membantu syarikat-syarikat memanfaatkan teknologi baharu dan membina keupayaan masing-masing.

Contohnya, perkongsian yang diperluas antara Singapore Aero Engine Services, Rolls-Royce dan A*STAR, berupaya membantu meningkatkan kapasiti pengilangan sebanyak lebih 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi Dr Tan See Leng melancarkan makmal-makmal tersebut siang tadi.

Beliau berkata: "Pengilangan canggih sudah lama menjadi ciri penting ekonomi kita. Walaupun di tengah-tengah ketidaktentuan global, industri-industri seperti aeroangkasa dan semikonduktor terus berkembang.

"Untuk kekal di hadapan, Singapura mesti menggandakan inovasi dalam sektor-sektor yang berkembang ini."
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita