Dana S$33 juta bantu pengendali rumah tumpangan tingkat piawai jagaan, kebajikan penghuni
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dana S$33 juta akan diperuntukkan untuk membantu para pengendali rumah tumpangan meningkatkan piawai khidmat jagaan dan kebajikan para penghuninya.
Ia diumumkan setelah Singapura meluluskan undang-undang baharu bagi meningkatkan mutu jagaan di rumah tumpangan di bawah rangka kerja pelesenan yang baharu.
Beberapa Anggota Parlimen (AP) membangkitkan keprihatinan mengenai kos tambahan yang perlu ditanggung pihak pengendali demi memenuhi syarat-syarat baharu itu.
AP SMC Radin Mas Melvin Yong bertanya: "Memandangkan rumah-rumah (tumpangan) bergelut dengan tenaga kerja yang berkurangan, adakah syarat-syarat pelesenan baharu itu akan menyebabkan kos kawal selia yang lebih tinggi?
"Apakah kenaikan yang dijangkakan dari segi kos yang MSF anggarkan akan dialihkan kepada para pengguna?
"Adakah pakej sokongan peralihan sekali sahaja itu cukup untuk membantu rumah-rumah tumpangan membuat peralihan kepada rejim pelesenan yang baharu?"
AP SMC Hougang, Dennis Tan berkata: "Suatu rejim pelesenan, walaupun mempunyai tujuan yang baik, juga bermakna memenuhi piawai yang diwajibkan pemerintah dari segi syarat-syarat pengambilan kakitangan dan perkara lain berhubung mutu perkhidmatan.
"Ia akan melibatkan kos pendahuluan dan kos berulang bagi pihak agensi khidmat sosial (SSA) yang mengendalikan rumah-rumah tumpangan ini."
"Bolehkan saya tahu bagaimana MSF menyemak aturan pembiayaannya dengan SSA?" soal beliau.
Setiausaha Parlimen Kanan MSF, Eric Chua berkata: "Kami tidak menjangkakan kos kawal selia akan menjadi lebih tinggi berbanding (kos) sekarang kerana syarat-syarat itu adalah berdasarkan undang-undang dan syarat-syarat khidmat sedia ada yang diketahui rumah-rumah tumpangan.
"MSF dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) sudahpun memperuntukkan pakej sokongan dana peralihan S$33 juta."
"Dengan pembiayaan itu, rumah-rumah tumpangan boleh melabur dalam latihan bagi kakitangannya, peningkatan atau pemasangan sistem CCTV dan usaha pengurusan perubahan sedang ia membuat peralihan kepada rejim pelesenan yang baharu ini," tambah beliau.

Sumber : CNA/AI/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.