Dana S$1 juta bantu wanita ceburi kerjaya STEM
SINGAPURA: Hasil biasiswa dan program bimbingan baru dengan sumbangan dana S$1 juta oleh Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng, bakal membantu lebih ramai kaum hawa menceburi kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Singapura.
Satu kajian oleh para penyelidik NTU mendapati bahawa sekitar 50 peratus daripada wanita dalam bidang STEM berpendapat jantina mereka menyukarkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan dan mengembangkan kerjaya masing-masing dalam STEM.
Biasiswa baru bernilai sehingga S$50,000 setiap tahun akan dibuka kepada wanita yang mahu mendapatkan ijazah dalam bidang STEM.
Mereka juga berpeluang untuk dibimbing oleh para pemimpin wanita dalam industri STEM.
Dr Tan, yang telah membuat sumbangan peribadi bagi membiayai program-program tersebut, berkata Singapura harus menjadi sebuah masyarakat di mana setiap orang boleh berkembang maju.
"Dalam Negara Bijak kita, STEM adalah bidang di mana akan terdapat banyak peluang dan kita mesti melakukan segala usaha untuk menyokong wanita yang mahu menceburi dan memaksimumkan potensi mereka dalam bidang STEM di Singapura.
"Pemerintah juga sedang bekerja rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mengambil lebih ramai pekerja wanita dalam bidang STEM bagi memberi ilham kepada lebih ramai wanita yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam STEM," ujar Dr Tan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.