Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana S$4 juta galak 4,000 dewasa kurang upaya belajar sepanjang hayat

Sebanyak S$4 juta telah diperuntukkan bagi menggalak pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan 4,000 orang dewasa kurang upaya (PwD).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Sep 2021 06:31PM Dikemas Kini : 08 Sep 2021 09:11PM

SINGAPURA: Sebanyak S$4 juta telah diperuntukkan bagi menggalak pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan 4,000 orang dewasa kurang upaya (PwD).

Dana itu adalah hasil kerjasama antara lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dengan Tabung Amanah Temasek.

Ia boleh dimanfaatkan untuk membayar yuran kursus kendalian agensi-agensi khidmat sosial dan institusi pengajian tinggi.

Dana tersebut juga boleh digunakan untuk membeli komputer riba atau peranti yang memudahkan pembelajaran.

Hanya golongan PwD berusia 18 tahun ke atas layak memohonnya dan setiap seorang boleh menerima sehingga S$1,000.

Mereka juga mesti merupakan rakyat atau Penduduk Tetap Singapura (PR) yang tidak menuntut di sekolah-sekolah biasa atau sekolah pendidikan khas (SPED).

Permohonannya dibuka pada 21 Disember nanti bersempenaan dengan Hari Antarabangsa bagi Golongan Kurang Upaya.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan