Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana S$10 juta dilancar bagi tingkatkan keupayaan dalam hortikultur dan sains haiwan

Lembaga Taman Negara (NParks) akan melaksanakan beberapa insiatif termasuk program-program masyarakat dan peluang latihan bagi membantu golongan belia lebih memahami kepelbagaian bio dan menggalak mereka menceburi bidang berkaitan sebagai kerjaya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Dana S$10 juta dilancar bagi tingkatkan keupayaan dalam hortikultur dan sains haiwan

(Gambar: NParks/Facebook)

Diterbitkan : 01 Nov 2019 08:04PM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 08:11PM

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) akan melaksanakan beberapa insiatif termasuk program-program masyarakat dan peluang latihan bagi membantu golongan belia lebih memahami kepelbagaian bio dan menggalak mereka menceburi bidang berkaitan sebagai kerjaya.

Dana S$10 juta yang bertujuan meningkatkan keupayaan dalam hortikultur dan sains haiwan dilancarkan hari ini (1 Nov).

Dana itu datang dari hartawan Singapura Peter Lim dan akan diagihkan dalam masa 10 tahun akan datang.

Menjelang 2021, kanak-kanak prasekolah di lebih 140 pusat My First Skool akan mempunyai peluang untuk melakukan aktiviti berkebun di dalam atau berdekatan sekolah mereka.

Sementara mereka dari Institut Pengajian Tinggi yang mengambil kursus hortikultur dan ekologi akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menguruskan taman-taman.

Semua ini adalah untuk menarik warga muda Singapura terlibat sama menghijaukan negara.

Di pembukaan Festival Kebun Masyarakat, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan dana biasiswa bagi pelajar dari keluarga kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian dalam bidang-bidang berkaitan hortikultur dan sains haiwan.

"Sedang kita memelihara sekitaran dan mewujudkan bandar yang boleh lebih didiami, kita juga melihat semangat keusahawanan orang kita untuk melakukannya secara berdaya tahan. Ini adalah semangat pergerakan Singapore Together di mana setiap dari kita menyumbang kepada pembangunan negara dengan cara kita sendiri," menurut Encik Heng.

Sehingga kini, terdapat sekitar 1,500 kebun masyarakat di Singapura namun NParks menyatakan lebih banyak ruang untuk berkebun akan dibuka. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan