Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana pemula S$2 juta disuntik bagi galak agensi khidmat sosial kerjasama, berinovasi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Apr 2023 06:24PM Dikemas Kini : 27 Apr 2023 09:20PM
SINGAPURA: Dana pemula S$2 juta bagi menggalakkan agensi-agensi khidmat sosial agar bekerjasama dan berinovasi.

Suntikan dana daripada Dana Masyarakat itu adalah sebahagian daripada usaha untuk membuat sikap kedermawanan lebih mampan.

Agensi HCSA Community Services berbangga untuk membantu memperkasakan golongan lemah.

Tetapi ini bukan dilakukannya sendirian.

Sebagai contoh, ia bekerjasama dengan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) untuk menawarkan nasihat guaman percuma kepada ibu bapa tunggal seperti bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada pasangan yang ganas.

Kini, Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) mahu membantu lebih banyak pertubuhan meluaskan rangkaian mereka.

Mereka boleh memanfaatkan dana bagi projek sosial kolaboratif.

Ia dilancarkan pada Khamis (27 Apr) sempena sambutan ulang tahun ke-40, Dana Masyarakat.

NCSS menyasarkan untuk mengumpulkan S$5 juta bagi menangani masalah silang generasi serta menyokong para penjaga dan golongan kurang upaya.

Namun bagi menggalakkan perubahan untuk benar-benar berakar, Menteri Kanan merangkap Penyelaras bagi Dasar Sosial, Tharman Shanmugaratnam berkata peralihan pemikiran diperlukan.

"Yang penting, ia bukan sekadar jumlah dan mutu tetapi mengenai budaya yang kita pupuk di Singapura. Sebuah budaya yang boleh menggandakan apa yang dilakukan setiap seorang dan menggandakan idea, benih harapan yang kita tanam dalam masyarakat," kata Encik Tharman.

Encik Tharman menyarankan sektor korporat agar menyumbang dengan mencari cara-cara untuk menyepadukan sifat memberi sebagai kegiatan teras syarikat.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan