Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana NTUC U-Care kumpul hampir S$8j bantu 35,000 ahli kesatuan, 15,000 kanak-kanak

Hampir S$8 juta dapat dikumpulkan tahun ini menerusi usaha Dana NTUC U-Care.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2021 08:20PM Dikemas Kini : 01 Dec 2021 08:53PM

SINGAPURA: Hampir S$8 juta dapat dikumpulkan tahun ini menerusi usaha Dana NTUC U-Care.

Wang itu bagi membantu sekitar 35,000 ahli kesatuan sekerja dan 15,000 kanak-kanak menerusi pelbagai program bantuan.

Ini sejajar dengan usaha untuk membantu menampung belanja keperluan harian termasuk keperluan persekolahan anak-anak ahli kesatuan.

Tahun ini ia juga menggunakan cara inovatif untuk mengumpul dana menerusi aplikasi teknologi seperti 'blockchain'.

"Kami di NTUC berusaha sedaya upaya untuk mengumpulkan Dana U Care supaya kami dapat memberi bantuan kewangan dan bantuan-bantuan lain kepada pekerja-pekerja yang mungkin memerlukan bantuan daripada kami.

"Pada tahun ini, kami telah mendekati lebih banyak badan dan juga menggunakan wadah online untuk mengumpul dana supaya bantuan yang kami beri kepada mereka dapat diteruskan," kata Penolong Setiausaha Agung NTUC Zainal Sapari. 

Sumber : CNA/NU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan