Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana Memperkasakan Kehidupan dilanjutkan; bantu golongan kurang bernasib baik pertingkat kemahiran

Lebih banyak sokongan untuk golongan kurang bernasib baik meningkatkan kemahiran serta bersiap sedia untuk kerjaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2021 07:45PM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 10:44PM

SINGAPURA: Lebih banyak sokongan untuk golongan kurang bernasib baik meningkatkan kemahiran serta bersiap sedia untuk kerjaya.

Ini selepas Dana Memperkasakan Kehidupan (ELF) dilanjutkan menjangkaui 2022.

Sejak 2018, kutipan untuk dana tersebut telah melebihi sasaran S$10 juta, dan digunakan untuk 21 program latihan pekerjaan.

Lebih 1,400 orang telah meraih manfaat daripada dana tersebut termasuk golongan kurang upaya, wanita serta mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

75 peratus yang mengikuti latihan berjaya mendapatkan pekerjaan, dengan lebih separuh kekal bekerja selepas enam bulan.

Dana ELF merupakan sebahagian daripada Cabaran Presiden 2021, yang dijangka bakal mengumpulkan dana lebih S$13 juta bagi membantu 93 badan kebajikan.

Dalam satu majlis penghargaan di Istana siang tadi (18 Nov), Presiden Halimah Yacob mengiktiraf sumbangan hampir 77 pertubuhan.

Menurut Puan Halimah, pelbagai usaha akan terus ditumpukan bagi memperkasa golongan kurang bernasib baik pada jangka panjang.

"Beban para penerima bantuan semakin bertambah di rumah, sedang para majikan pula menghadapi keadaan tidak menentu serta mengurangkan pekerja.

"Oleh itu, amat penting untuk kita eratkan kerjasama, menyokong mereka yang memerlukan, supaya mereka boleh berdikari serta berdaya tahan dalam mengatasi cabaran hari muka," kata beliau.

Sumber : CNA/IQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan