Dana Masyarakat kumpul S$61 juta, sokong 100 agensi khidmat sosial
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dana Masyarakat dapat mengumpul lebih S$61 juta dalam tahun kewangannya yang lalu (FY2021).
Wang itu disalurkan kepada lebih 100 agensi khidmat sosial dan 200 program.
Dalam satu majlis makan malam pada Isnin (1 Nov) Presiden Halimah Yacob menyampaikan anugerah dana itu bagi tahun ini kepada 200 orang dan pertubuhan.
Anugerah tertinggi, Pinnacle Award, diberikan kepada UOB kerana usaha bank itu dalam memberi penjagaan holistik.
Sejak tahun 2013, UOB secara aktif memastikan, mereka yang kurang upaya dapat menyesuaikan diri di tempat kerja.
Bank itu juga melatih dan mengambil bekerja, mereka yang mengalami autisme atau kurang daya pendengaran.
Syarikat HP pula menerima Anugerah Rakan Sukarelawan kerana mengadakan program bimbingan selama setahun mengenai pengekodan dan reka laman web bagi murid-murid sekolah rendah.

Sumber : CNA/MU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.