Dana Masyarakat agih lebih S$80 juta pada FY2025, lebih 130,000 individu dan keluarga raih manfaat
Lebih 130,000 individu dan keluarga meraih manfaat daripada program dan projek yang disokong Dana Masyarakat (Community Chest) pada tahun kewangan 2025, sekitar 45 peratus lebih tinggi berbanding purata jumlah penerima khidmat yang disokong sepanjang tiga tahun kewangan sebelumnya.
Seorang lelaki menolak kerusi roda yang digunakan seorang wanita warga emas di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)
- Community Chest, the philanthropic arm of NCSS, disbursed over S$80 million to 340 programmes and projects in financial year 2025, benefiting more than 130,000 individuals and families in Singapore.
- The increase in beneficiaries was attributed to existing programmes expanding their reach, family support, and new initiatives such as grovve, the country’s first integrated youth wellness centre.
- Of that amount, S$41.07 million went towards addressing critical needs including mental health, children with special needs, at-risk youth, families, seniors and adults with disabilities.
- Community Chest also secured S$113 million in commitments, is planning ASPIRE support in 2026, and recognised 190 partners including DBS Bank, Income Insurance, Singtel, SP Group and UOB.
- Dana Masyarakat, cabang filantropi NCSS, menyalurkan lebih S$80 juta kepada 340 program dan projek pada tahun kewangan 2025, memanfaatkan lebih 130,000 individu dan keluarga di Singapura.
- Peningkatan penerima dikaitkan dengan program sedia ada yang meluaskan capaian, sokongan keluarga dan inisiatif baharu seperti grovve, pusat kesejahteraan belia bersepadu pertama negara.
- Daripada jumlah itu, S$41.07 juta menangani keperluan kritikal termasuk kesihatan mental, kanak-kanak berkeperluan khas, belia berisiko, keluarga, warga emas dan dewasa kurang upaya.
- Dana Masyarakat turut memperoleh komitmen S$113 juta, merancang sokongan ASPIRE pada 2026, dan mengiktiraf 190 rakan kongsi termasuk DBS Bank, Income Insurance, Singtel, SP Group dan UOB.
Dana Masyarakat, cabang filantropi Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), menyatakan pada Isnin (5 Okt) bahawa ia menyalurkan lebih S$80 juta kepada 340 program dan projek khidmat sosial sepanjang tahun kewangan tersebut.
Peningkatan tersebut didorong oleh program-program sedia ada yang menjangkau lebih ramai penerima, termasuk program yang menyokong keluarga, serta inisiatif baharu seperti grovve, pusat kesejahteraan belia bersepadu pertama di Singapura.
Dana Masyarakat turut memperolehi komitmen berbilang tahun bernilai S$113 juta pada tahun kewangan 2025, yang menurutnya akan memberi agensi khidmat sosial lebih kepastian untuk merancang dan mengekalkan khidmat mereka.
Sepanjang sedekad lalu, Dana Masyarakat mengumpul dan mengagihkan lebih S$500 juta bagi menyokong sektor khidmat sosial.
SOKONGAN BAGI KEPERLUAN KRITIKAL
Daripada S$80.62 juta yang diagihkan pada tahun kewangan 2025, S$41.07 juta disalurkan kepada program-program yang menangani keperluan kritikal.
Ini termasuk S$17.27 juta bagi 18 program yang menyokong individu dengan keperluan kesihatan mental, manakala S$14.15 juta disalurkan kepada 51 program bagi kanak-kanak berkeperluan khas dan belia berisiko.
S$5.55 juta lagi disalurkan kepada 69 program bagi keluarga memerlukan, S$2.47 juta kepada tujuh program bagi warga emas memerlukan dan S$1.63 juta kepada lapan program bagi golongan dewasa kurang upaya.
Lebih S$39.55 juta pula disalurkan kepada program dan projek lain, menurut Dana Masyarakat.
Ini termasuk S$30.26 juta bagi 184 program dan projek yang menyokong masyarakat memerlukan, serta S$4 juta menerusi Dana Amanah Keupayaan Masyarakat untuk menyokong pembangunan kepimpinan, amalan tenaga kerja dan keupayaan organisasi di agensi khidmat sosial.
Usaha membangunkan keupayaan tersebut akan diteruskan pada tahun kewangan 2026, termasuk menerusi Program Sokongan Ketagihan bagi Keterangkuman, Pemulihan dan Pemerkasaan (ASPIRE) bernilai S$5.6 juta. Ia bertujuan memperkukuhkan keupayaan agensi dalam menangani ketagihan berkaitan tingkah laku, selain menjadikan sokongan berasaskan masyarakat lebih mudah untuk diakses.
LEBIH RAMAI RAKAN KONGSI DIIKTIRAF ATAS SUMBANGAN, KESUKARELAWANAN
Perangkaan tersebut dikeluarkan sementara 190 rakan kongsi diberi pengiktirafan di Anugerah Dana Masyarakat 2026 pada Isnin atas sumbangan mereka menerusi pemberian, kesukarelawanan, sokongan bukan kewangan dan amalan perniagaan inklusif.
Jumlah penerima anugerah meningkat 12 peratus berbanding tahun lalu.
Jumlah penerima Anugerah Rakan Kesukarelawanan juga meningkat lebih 40 peratus, yang menurut Dana Masyarakat mencerminkan komitmen lebih kukuh terhadap kegiatan sukarela secara berkala dan pelibatan masyarakat.
Sebanyak 271 anugerah disampaikan tahun ini, termasuk lima Anugerah Pinnacle, penghargaan tertinggi Dana Masyarakat, yang diberikan kepada DBS Bank, Income Insurance, Singtel, SP Group dan UOB.
"Sedang lebih ramai rakan kongsi membuat komitmen sumbangan jangka panjang dan menyediakan peluang bermakna untuk kakitangan menyumbang, kita dapat menyediakan sokongan yang lebih kukuh dan berterusan bagi memenuhi keperluan masyarakat serta membina sektor khidmat sosial yang lebih berkesan," kata Pengerusi Dana Masyarakat Danny Koh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.