Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana Masyarakat agih bantuan kepada kira-kira 5,000 keluarga Muslim memerlukan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Mar 2024 08:40PM Dikemas Kini : 13 Mar 2024 08:49PM
SINGAPURA: Sekitar 5,000 keluarga Muslim memerlukan akan menerima habuan sempena bulan Ramadan ini daripada Dana Masyarakat.

Dipanggil 'Habuan Harapan', sumbangan itu mengandungi wang tunai serta bungkusan makanan seperti teh halia dan snek bagi persiapan Hari Raya.

Ini merupakan hasil kerjasama antara Dana Masyarakat dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Wisma Geylang Serai dan kumpulan sukarelawan Heartwartmers.

13 penderma korporat dan sekitar 650 sukarelawan turut terlibat.

Habuan Harapan tersebut akan diagih-agihkan di 19 kawasan undi termasuk Bedok, Jurong dan Tampines.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli turun padang untuk mengagihkan habuan kepada sebilangan penerima pada Rabu (13 Mac).

Kedua-dua menteri juga bersama-sama berbuka puasa dengan para penerima bantuan tersebut.
Sumber : CNA/IA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan