Dana lebih S$300,000 untuk pertubuhan wanita SG anjur acara akar umbi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih S$300,000 akan diperuntukkan kepada badan-badan wanita setempat untuk menganjurkan acara di peringkat akar umbi.
Dana itu adalah sebahagian daripada Geran Pendampingan Persatuan Rakyat (PA).
Kesemua 106 Jawatankuasa Eksekutif Wanita (WEC) masing-masing akan menerima sehingga S$3,000 bagi tujuan itu.
Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Sim Ann mengumumkan dana baharu itu di sebuah acara bagi menyambut Hari Wanita Sedunia.
Ia dianjurkan oleh Majlis Rangkaian Penyepaduan Wanita.
Cik Sim berkata dana itu boleh membantu meningkatkan penyertaan masyarakat, lantas mengembangkan rangkaian relawan wanita generasi yang seterusnya.
"Saya menggesa setiap WEC (Jawatankuasa Eksekutif Wanita) untuk mendampingi sekurang-kurangnya 10 pengganda wanita dalam divisyen mereka tahun ini.
"Untuk memulakan atau memperluaskan program mahupun inisiatif sedia ada yang mempunyai kepentingan kukuh bagi kaum wanita dan keluarga.
"Wanita-wanita ini boleh menjadi pengganda dan membawa masuk lebih ramai wanita untuk menyertai rangkaian WEC," kata Cik Sim.
Ketua acara Queen Fest Afifah Nasir turut mengesahkan bahawa geran yang ditawarkan bakal memanfaat masyarakat.
Beliau berkata: "Sudah tentu geran yang ditawarkan, saya rasa akan amat membantu masyarakat kita atau sesiapa yang mempunyai inisiatif dan geran ini dapat menyokong kita untuk memulakan sesuatu.
"Contohnya, akan ada satu insiatif yang akan datang pada bulan April, namanya 'Queen Fest'. Jadi ini akan disokong oleh WEC dan Keat Hong CC. Acara ini akan menyatukan wanita-wanita muda berusia (antara) 18 hingga 40 tahun untuk datang bersama-sama, berkongsi cerita, perspektif."
PA juga akan menambah jumlah program untuk mendidik wanita tentang isu-isu seperti kesihatan, perancangan kewangan dan keibubapaan.
Program seumpama itu sudah meningkat kepada 32 daripada 24 tahun lalu.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.