Dana Lautan Circulate Capital dilancarkan hari ini
Usaha memerangi pencemaran sisa plastik di lautan menerima rangsangan S$144 juta, dengan pelancaran Dana Lautan Circulate Capital (CCOF) hari ini.
SINGAPURA: Usaha memerangi pencemaran sisa plastik di lautan menerima rangsangan S$144 juta, dengan pelancaran Dana Lautan Circulate Capital (CCOF) hari ini.
Berpangkalan di Singapura, CCOF adalah dana pelaburan pertama seumpamanya khusus bagi menangani krisis pencemaran sisa plastik di rantau Asia.
Kajian baru-baru ini mendapati negara-negara Asia adalah antara penyumbang utama pencemaran plastik di lautan, dengan sekitar 60% sisa plastik yang ditemui di lautan adalah berasal dari rantau ini.
Bagi mencapai misinya, dana itu akan melabur dalam sektor-sektor seperti pengurusan sisa, kitar semula dan pengeluaran bahan-bahan inovatif.
Circulate Capital sudah mengenal pasti sekitar 200 peluang pelaburan di rantau ini.
Ia merancang untuk melabur dalam 20 hingga 30 syarikat saiz kecil dan sederhana (SME) serta syarikat pemula dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Butiran lanjut bagi pelaburan pertama CCOF dijangka diumumkan dalam tiga bulan pertama tahun hadapan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.