Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana Ketabahan kumpul lebih S$5.9 juta bagi mereka terjejas COVID-19

Sebuah dana bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas oleh penularan COVID-19 setakat ini berjaya menerima sumbangan derma lebih S$5.9 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2020 04:04PM Dikemas Kini : 29 Mar 2020 09:56PM

SINGAPURA: Sebuah dana bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas oleh penularan COVID-19 setakat ini berjaya menerima sumbangan derma lebih S$5.9 juta.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee memberikan kemas kini tersebut di laman Facebooknya pada Ahad (29 Mac).

Sumbangan derma kepada Dana Ketabahan itu akan digunakan oleh Dana Masyarakat untuk menyokong pesakit, kakitangan penjagaan kesihatan dan pekerja barisan hadapan, serta warga Singapura yang berisiko, katanya.

Pegawai Certis yang dijangkiti COVID-19 semasa menjalankan tugasnya sebagai pegawai polis bantuan sudah menerima sokongan daripada dana itu, tambah Encik Lee.

"Dana tersebut juga menyokong keluarga warga Singapura, kakitangan penjagaan kesihatan dan pekerja barisan hadapan, yang meninggal dunia akibat COVID-19," kata Encik Lee.

"Kami sudah menghubungi keluarga wanita warga Singapura 75 tahun yang malangnya sudah meninggal dunia. Meskipun ini tidak akan meredakan kesedihan keluarga, kami harap dapat memberikan sokongan kewangan dalam tempoh yang sukar ini," katanya.

Dana Ketabahan ditubuhkan pada 2003 ketika Singapura dilanda wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

"Melalui Dana ini, dan bantuan lain dari Pemerintah, kami bersedia menawarkan bantuan dan sokongan kepada mereka yang terjejas oleh COVID-19," kata Encik Lee. "Kami mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang telah menyumbang kepada Dana ini atas kemurahan hati anda."

Singapura melaporkan 802 kes COVID-19 setakat Sabtu. Seramai tiga orang meninggal dunia berkaitan COVID-19, dengan kematian terbaru dilaporkan pada Ahad.

Butiran skim bantuan Dana Ketabahan COVID-19 dan bagaimana seseorang yang layak boleh membuat permohonan boleh didapati di www.ncss.gov.sg/thecouragefund.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan