Dana “Gabungan Prihatin” dilancar, bantu penggiat dikir barat yang dihimpit kesusahan

Persekutuan Dikir Barat Singapura (SDBF) dan Vision21 memeterai perkongsian rasmi bagi menyalurkan sumbangan masyarakat kepada penggiat Dikir Barat dan keluarga mereka. (Gambar: Persekutuan Dikir Barat Singapura)
Usahasama itu dimeterai menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Sabtu (14 Jun) di Taqwa, Wood Square, disaksikan oleh ahli persekutuan, pemimpin budaya dan anggota masyarakat.
Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen bersama untuk menjaga kebajikan para penggiat seni yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan warisan Dikir Barat, agar tiada yang terpinggir ketika berdepan cabaran hidup secara tiba-tiba.

Presiden Vision21 Welfare Society, Muhammed Zacree Mohd Zain, turut menyatakan sokongan penuh terhadap kerjasama tersebut.
“Vision 21 Welfare Society amat berbesar hati dilantik sebagai rakan amal rasmi bagi acara Malam Anugerah Dikir dan inisiatif Circle of Care. Kami percaya bahawa budaya dan belas ihsan perlu berjalan seiring. Dengan menyokong inisiatif ini, kami menegaskan semula komitmen kami untuk berdiri bersama komuniti Dikir Barat, bukan sahaja dalam meraikan seni mereka, tetapi juga dalam menyokong mereka di saat memerlukan” katanya lagi," katanya.
“Vision 21 akan memberikan sokongan sepenuhnya untuk memastikan kebajikan para seniman yang mengekalkan tradisi Dikir Barat terus terpelihara. Melalui Gabungan Prihatin, kami berhasrat memastikan tiada penggiat yang tercicir akibat kesukaran yang mendadak” tambahnya.

Dana itu dibiayai sepenuhnya menerusi sumbangan orang ramai dan kempen derma berasaskan acara, serta diurus secara telus oleh panel kebajikan bebas.
Laporan impak tahunan akan diterbitkan melalui saluran rasmi SDBF
Circle of Care akan menjadi tonggak utama bagi inisiatif impak sosial sempena Malam Anugerah Dikir 2026, acara anugerah tahunan anjuran SDBF yang dijadual berlangsung pada Februari 2026.
Sebahagian daripada hasil jualan tiket serta aktiviti kutipan dana sepanjang acara itu akan disalurkan terus ke dalam dana Circle of Care.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.