Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana baru tawar pembiayaan sehingga S$90,000 pupuk bakat siber

Dana Pembangunan Bakat Siber Singapura, menawarkan pembiayaan sehingga S$90,000 untuk memupuk bakat siber di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Dana baru tawar pembiayaan sehingga S$90,000 pupuk bakat siber

(Gambar: fizkes/iStock)

Diterbitkan : 15 Jan 2022 07:24AM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 07:24AM

SINGAPURA: Dana Pembangunan Bakat Siber Singapura, menawarkan pembiayaan sehingga S$90,000 untuk memupuk bakat siber di negara ini.

Dana itu akan menyokong individu dan syarikat yang mempunyai idea-idea bagi membantu mengembangkansektor keselamatan siber.

Menteri bertanggungjawab bagi keselamatan siber dan inisiatif Negara Bijak, Josephine Teo, mengumumkannya di satu majlis penyampaian anugerah keselamatan siber pada Jumaat (14 Jan).

Anugerah tersebut mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada mereka yang memberi sumbangan cemerlang kepada sistem keselamatan siber di Singapura.

Lapan pemenang membawa pulang anugerah daripada 38 pencalonan yang diterima.

Dalam ucapannya, Cik Teo menekankan pentingnya Singapura terus mempraktikkan dan mengkaji semula proses-proses yang berkaitan dengan tindak balas dan pemulihan krisis.

"Kita mesti terus memupuk tenaga kerja keselamatan siber yang cukup besar dan berkemahiran. Kita harus terus membangunkan keupayaan yang lebih maju dalam kalangan pengamal sedia ada. Ini supaya apabila serangan siber berlaku, seluruh ekosistem boleh bertindak balas dengan baik sebagai satu kulumpulan,"kata beliau.

Cik Teo juga mengumumkan bahawa edisi keempat Latihan Bintang Siber, iaitu latihan pengurusan krisis siber di seluruh negara, akan diadakan pada minggu terakhir bulan ini.

Sumber : CNA/SU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa