Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana baru S$12 juta sokong golongan lemah, warga emas, kurang upaya bersukan

Para individu lemah dan yang kurang upaya akan mendapat lebih banyak peluang dan sokongan untuk bersukan dengan dana baru bernilai S$12 juta. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2019 07:49PM Dikemas Kini : 01 Aug 2019 09:25PM

SINGAPURA: Para individu lemah dan yang kurang upaya akan mendapat lebih banyak peluang dan sokongan untuk bersukan dengan dana baru bernilai S$12 juta.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu mengumumkan penubuhan dana tersebut di Festival Sukan Inklusif hari ini (1 Ogos).

Cik Fu berkata dana itu akan dapat meningkatkan kesejahteraan keseluruhan golongan-golongan kurang upaya itu.

Menurut Cik Fu, dana tersebut boleh digunakan untuk menyediakan prasarana dan kemudahan asas, untuk sesuatu jenis sukan.

Ia juga boleh membantu kumpulan sukarelawan atau pasukan sukan yang mahu menawarkan kegiatan sukan seperti Glyph, sebuah badan yang menyediakan program mendekati golongan belia.

Bagi kumpulan-kumpulan sukan pula, dana tersebut dapat membantu mereka meningkatkan prestasi sukan dengan menyertai lebih banyak pertandingan.

Sebahagian dana tersebut pula akan disalurkan bagi biasiswa dan dermasiswa agar lebih ramai akan mendapat akses sama rata kepada program-program sukan.

Lebih 100,000 orang dijangka akan meraih manfaat daripada dana tersebut menjelang 2023. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan