Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana baru dibentuk luaskan rangkaian kereta api

Parlimen hari ini (19 Nov), diberitahu, satu dana baru dibentuk bagi pembangunan laluan kereta api pada masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2018 07:56PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 03:56PM

SINGAPURA: Parlimen hari ini (19 Nov), diberitahu, satu dana baru dibentuk bagi pembangunan laluan kereta api pada masa depan.

Ia menyusuli pindaan-pindaan terhadap Akta Penguasa Pengangkutan Darat.

Dana Prasarana Kereta Api itu membolehkan pemerintah melakukan tabungan bagi perbelanjaan modal besar yang diperlukan untuk projek kereta api.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Janil Puthucheary berkata LTA akan memegang dan mengurus dana itu. Wangnya akan digunakan bagi meluaskan rangkaian kereta api.

Dr Janil juga menjelaskan bahawa sumber Dana Prasarana Kereta Api itu semuanya dari subsidi-subsidi pemerintah.

Sebaliknya sumber kewangan bagi Dana Terikat Kereta Api sedia ada merupakan gabungan daripada subsidi dan yuran yang dipungut daripada para pengendali kereta api.

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan