Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana baru bantu warga tua MacPherson pertingkat kemahiran IT

Para penduduk warga tua di kawasan undi MacPherson kini boleh mendapat sehingga $200 apabila mereka mengikuti kursus-kursus SkillsFuture yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat atau IT.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2018 08:50PM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 08:58PM

SINGAPURA: Para penduduk warga tua di kawasan undi MacPherson kini boleh mendapat sehingga $200 apabila mereka mengikuti kursus-kursus SkillsFuture yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat atau IT.

Wang itu datang dari Dana Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dilancarkan pada Ahad (16 Sep).

Pertubuhan-pertubuhan akar umbi di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) itu berjaya mengumpulkan $80,000 bagi dana tersebut.

Ia bertujuan membantu para penduduk berusia lebih 60 tahun, yang sudah menggunakan sepenuhnya kredit SkillsFuture mereka.

30% PENDUDUK TUA SMC MACPHERSON LAYAK TERIMA DANA

Angeline Boey, 72 tahun, sudah lama tinggal di SMC MacPherson.

Sejak tahun lalu, beliau giat mengikuti kursus-kursus IT di Kelab Masyarakat kawasan itu dan ia ternyata membuahkan hasil.

Cik Boey berkata: "Sebelum ini, saya akan menggunakan Uber dan Grab dan saya akan periksa harga dan lihat mana satu lebih murah. Pemandunya sering bertanya kepada saya, Siapa yang telefonkan untuk anda? Saya kata, Saya yang tempah sendiri. Mereka kata, Wah! pada usia anda, anda tahu bagaimana hendak melakukannya? dan saya berkata, Mengapa tidak? Kami belajar mengenainya."

Walaupun Cik Boey ingin terus belajar, beliau sudah menggunakan semua Kredit SkillsFuture yang diberikan pemerintah sebelum ini sebanyak $500. Namun, beliau kini tidak perlu gusar.

Menerusi Dana Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dilancarkan hari ini (16 Sep), Cik Boey layak menerima sehingga $200 setahun bagi membiayai yuran untuk mengikuti sesetengah kursus IT SkillsFuture di Kelab Masyarakat MacPherson.

Seperti beliau, hampir 30 peratus penduduk SMC MacPherson yang berusia 60 tahun dan ke atas layak menerima agihan tahunan itu bagi menggalak pembelajaran sepanjang hayat.

"Amat penting bagi para warga tua kita untuk kekal aktif supaya mereka dirangsang dari segi mental dan fizikal. Jadi untuk ini, kami mahu ia diselaraskan dengan inisiatif nasional SkillsFuture," kata Anggota Parlimen SMC MacPherson, Tin Pei Ling.

Pertubuhan-pertubuhan akar umbi MacPherson menyasarkan untuk mengumpul lebih $100,000 bagi skim tersebut.  

Sumber : CNA/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan