Dana baharu NTUC sasar S$500 juta untuk program baharu, bantuan kewangan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih ramai kanak-kanak dan warga emas daripada keluarga berpendapatan rendah akan mendapat sokongan lebih besar di bawah sebuah dana kebajikan baharu NTUC.
Dana itu yang ditubuhkan melalui gabungan dua badan kebajikan sedia ada, mahu dikembangkan menjadi S$500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kira-kira 10,000 kanak-kanak akan mendapat sokongan intervensi awal serta meraih manfaat daripada program pengayaan baharu.
Seramai 3,000 warga emas pula akan dapat menyertai program-program yang akan membantu mereka kekal aktif dan didampingi.
Inisiatif-inisiatif berkenaan mungkin diperluaskan ke seluruh negara.
Sokongan buat golongan pengasuh turut dipertimbangkan.
"Kami sedang menimbangkan untuk meluaskan usaha kami dalam bidang ini, dan menggabungkan dua dana kebajikan berbeza ini menjadi satu membolehkan kami meningkatkan jangkauan serta kecekapan supaya kami dapat mendekati keluarga muda yang mempunyai anak, yang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan," kata Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng.
"Dan sama pentingnya bagi masyarakat menua, untuk golongan warga emas memperoleh ketenangan jiwa, menjalani penuaan aktif serta mendapat sokongan penjagaan," tambah beliau.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.