Skip to main content

Singapura

Dana baharu $40 juta akan bantu syarikat SG pertingkat huraian hijau bagi persekitaran binaan

Anggaran Waktu Membaca:
Dana baharu $40 juta akan bantu syarikat SG pertingkat huraian hijau bagi persekitaran binaan
(Gambar: Tangkapan skrin video Mediacorp)
Diterbitkan : 05 Feb 2026 07:54PM Dikemas Kini : 05 Feb 2026 08:06PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat Singapura yang mencipta huraian perbandaran dan kemampanan di sini boleh memanfaatkan dana baharu bernilai $40 juta bermula April nanti.

Sektor-sektor ini termasuk perusahaan air, khidmat sekitaran dan industri makanan pertanian.

Kementerian Pembangunan Negara (MND) menekankan peri penting penyelidikan dan inovasi supaya dapat menangani isu perubahan iklim, memperkukuh sifat daya tahan ruang negara serta menangani prasarana yang semakin menua.

Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkata: "Demi memastikan pelaburan penyelidikan dan pengembangan (R&D) kita boleh menghasilkan kesan yang nyata, kita mesti mengukuhkan laluan yang membawa inovasi daripada bukti konsep kepada pelaksanaan di dunia nyata.

"Di sinilah pemerintah boleh mainkan peranan, dengan menyediakan sokongan dana untuk membantu syarikat-syarikat kita perkuatkan tujuan perniagaan mereka, dan juga menyemak dan membina semula proses-proses kami untuk memastikan bahawa mereka boleh setaraf dengan kepesatan inovasi."

Dana baharu ini diumumkan di sebuah acara yang membincangkan kajian dan inovasi berhubung huraian bandar dan kemampanan.

Selain itu, sebuah pusat Kecerdasan Buatan (AI) bernilai $30 juta bagi sektor itu juga dilancarkan.

Ini bertujuan menggalak kolaborasi antara agensi pemerintah, pihak akademik dan industri untuk mencipta huraian.

Cabaran-cabarannya termasuk kekurangan tenaga kerja dalam bidang-bidang yang memerlukan jumlah besar tenaga buruh serta kesan perubahan iklim.
 
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita