Skip to main content

Singapura

Dana AS$5 juta akan bantu masyarakat rentan Asia tangani perubahan iklim

Pertubuhan-pertubuhan bukan untuk mengaut keuntungan di Asia akan menerima AS$5 juta (S$6.7 juta) untuk membantu masyarakat-masyarakat rentan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Dana AS$5 juta akan bantu masyarakat rentan Asia tangani perubahan iklim

Penduduk menaiki sampan untuk rentasi banjir di Assam, India (Gambar: AFP/Biju BORO)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 18 Nov 2024 10:18PM
SINGAPURA: Pertubuhan-pertubuhan bukan untuk mengaut keuntungan di Asia akan menerima AS$5 juta (S$6.7 juta) untuk membantu masyarakat-masyarakat rentan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.

Rangkaian pelabur sosial AVPN menubuhkan dana untuk menyokong huraian bagi keselamatan makanan, menguruskan penyakit dan melaksanakan sistem amaran awal cuaca.

Dana itu dilancarkan di Astaka Singapura sempena Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-29.

Rantau Asia Pasifik membahang lebih pantas daripada purata global.

Dan suhu yang melambung tinggi akan menyebabkan penduduk di rantau tersebut menghadapi risiko tekanan haba yang akan menjejas kesihatan dan keupayaan mereka untuk bekerja.

Banjir pula boleh mengancam keselamatan makanan dan air pada masa akan datang.

AVPN menjangkakan sekurang-kurangnya 250,000 orang akan berada dalam keadaan berisiko dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan sekurang-kurangnya sejuta lagi terdedah kepada ancaman perubahan iklim.

AVPN berharap pusingan pertama pembiayaan dana dapat membantu meningkatkan sehingga 40 huraian di seluruh Asia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita