Skip to main content

Singapura

Dana amal dilancarkan bantu pekerja hijrahan hadapi masalah perubatan, krisis di tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Dana amal dilancarkan bantu pekerja hijrahan hadapi masalah perubatan, krisis di tempat kerja

Salah satu inisiatif ItsRainingRaincoats yang disertai Encik Zaqy . (Gambar: ItsRainingRaincoats )

Diterbitkan : 21 Sep 2025 07:16PM
  • Satu dana amal dilancarkan bagi membantu pekerja hijrahan pada waktu krisis, seperti kecemasan perubatan atau isu di tempat kerja.
  • ItsRainingRaincoats berharap inisiatif itu dapat mempercepatkan bantuan bagi pekerja hijrahan dengan beralih daripada pengumpulan dana secara ad-hoc dan mengikut kes.
  • Menerusi dana HEART yang baharu dilancarkan, badan amal itu mempunyai wang tunai untuk membantu pekerja hijrahan seperti Kasirajan Ravi.
  • Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng juga berkata pihak berkuasa komited untuk meningkatkan kebajikan bagi pekerja hijrahan.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Satu dana amal dilancarkan bagi membantu pekerja hijrahan pada waktu krisis, seperti kecemasan perubatan atau isu di tempat kerja.

Badan amal ItsRainingRaincoats berharap inisiatif itu dapat mempercepatkan bantuan bagi pekerja hijrahan dengan beralih daripada pengumpulan dana secara ad-hoc dan mengikut kes.

Pekerja hijrahan Kasirajan Ravi sudah bekerja sebagai pekerja binaan di Singapura selama 13 tahun, namun beliau dipecat secara salah kerana melaporkan isu-isu keselamatan kepada majikannya.

ItsRainingRaincoats (IRR) membantunya untuk terus tinggal di Singapura menggunakan Pas Khas dan elakkan daripada disenarai hitam.

Tindakan itu membantunya mendapatkan pekerjaan baharu di Singapura dua tahun kemudian.

"Apabila saya pulang ke India, saya tetap berhubungan dengan IRR. Jadi terutama sekali apabila saya tidak mempunyai wang, pasukan IRR juga membantu saya. Jadi saya berada di India selama satu tahun enam bulan, jadi saya boleh mencari pekerjaan," kata pekerja hijrahan, Kasirajan Ravi.

Menerusi dana HEART yang baharu dilancarkan, badan amal itu mempunyai wang tunai untuk membantu pekerja hijrahan seperti Encik Ravi.

Ini terutama sekali apabila masa tidak memihak kepada mereka ketika pekerja itu berdepan sebarang kecemasan.

"Kadangkala maklumat itu j uga sulit. Mungkin pekerja hijrahan itu tidak kita membuat catatan awam mengenainya. Jadi tanpa berbuat demikian, ia sukar untuk mengumpulkan dana.

"Jadi saya fikir kita boleh adakan dana untuk hari-hari hujan, bagi ItsRainingRaincoats, ia adalah sesuatu yang membolehkan kita untuk membantu pekerja hijrahan ini apabila mereka sedang melalui kesusahan," kata Pengasas ItsRainingRaincoat, Dipa Swaminathan.

Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng juga berkata pihak berkuasa komited untuk meningkatkan kebajikan bagi pekerja hijrahan.

"Pemerintah memberi komitmen untuk membina dormitori-dormitori itu bagi menunjukkan apa itu standard emas.

"Apakah jenis inovasi, jenis peningkatan keselamatan, jenis peningkatan kesejahteraan sosial yang boleh kita lakukan untuk memastikan mereka terus mendapati ini tempat yang baik untuk kembali dan bekerja," kata Encik Tan.

Sumber : CNA/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita