Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana $8 juta untuk tarik lebih ramai pengurus sukarelawan dalam sektor khidmat sosial

Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) mahu menambah jumlah pengurus sukarelawan sektor itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2020 06:42PM Dikemas Kini : 20 Aug 2020 08:41PM

SINGAPURA: Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) mahu menambah jumlah pengurus sukarelawan sektor itu.

Ia akan memperuntukan dana $8 juta di bawah skim pembiayaan tenaga manusia selama tempoh dua tahun.

NCSS mahu menarik sehingga 50 pengurus sukarelawan daripada golongan profesional, pengurus dan eksekutif yang tidak bekerja dalam sektor khidmat sosial.

Para pengurus itu akan membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia yang dihadapi agensi-agensi khidmat sosial.

Ia juga akan mengukuhkan keupayaan agensi-agensi tersebut untuk menguruskan dan mengerahkan sumber sukarelawan.

NCSS berharap para pengurus itu akan mempunyai kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang ke bidang yang lain.

Ia terutamanya dapat membantu agensi-agensi menangani krisis serta meningkatkan bekalan sukarelawan lain dan membangunkan program latihan. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan