Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dalang penipuan SkillsFuture mengaku bersalah di mahkamah

Dalang di sebalik rancangan untuk menipu Skim Kredit SkillsFuture mengaku di mahkamah, sudah memperdaya Penguasa Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) dengan mengemukakan tuntutan palsu pada awal 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jan 2018 06:10PM Dikemas Kini : 30 Jan 2018 11:25PM

SINGAPURA: Dalang di sebalik rancangan untuk menipu Skim Kredit SkillsFuture mengaku di mahkamah, sudah memperdaya Penguasa Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) dengan mengemukakan tuntutan palsu pada awal 2016.

Eric Zheng Zhenwei, 35 tahun adalah pengarah tunggal bagi penyedia latihan Biz HR Solutionz.

Dia berjaya merekrut 380 pelatih untuk mengemukakan tuntutan bagi kursus-kursus Biz HR kepada WDA dengan menawarkan mereka wang tunai sebagai pertukaran untuk kredit SkillsFuture mereka.

Dia juga memberitahu mereka bahawa kehadiran kursus adalah berdasarkan pilihan.

Zheng juga bersuhabat dengan orang lain untuk meningkatkan pengambilan pelatih.

Tidak semua tuntutan diluluskan oleh WDA, namun agensi itu mengeluarkan lebih $140,000 kepada syarikat Zheng.

Tertuduh akan kembali ke mahkamah bulan depan untuk mendengar hukuman ke atasnya. 

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan