Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dalam masa 10 hari, RLAF berjaya kumpul dana lebih S$100,000 untuk mangsa banjir di Pakistan

Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sudah berjaya mengumpul lebih S$100,000 bagi membantu dan menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas dengan krisis banjir berterusan di Pakistan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sudah berjaya mengumpul lebih S$100,000 bagi membantu dan menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas dengan krisis banjir berterusan di Pakistan.

Pengumpulan dana tersebut dijalankan secara online sejak 31 Ogos lalu. 

Perkembangan itu dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Muhd Faizal Othman semasa lawatan para perwakilan tempatan dan luar negara ke Masjid Yusof Ishak pagi tadi (9 Sep). 

RLAF KERJASAMA DENGAN MASJID-MASJID UNTUK SEDIAKAN TABUNG PENGUMPULAN DANA UNTUK PAKISTAN

Usaha pengumpulan dana itu menurut Encik Faizal amat menggalakkan. 

Bagi mempergiatkan lagi usaha pengumpulan dana itu, RLAF bekerjasama dengan kesemua masjid di Singapura, untuk meletakkan tabung-tabung pengumpulan dana di setiap masjid. 

''

"Ini satu wadah yang kami berikan supaya banyak lagi wadah untuk menderma, menerusi talian atau menerusi tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid," kata Encik Faizal. 

"Kami juga mendapat maklum balas, khususnya warga emas yang tidak selesa menderma melalui online dan mereka mahu menderma secara fizikal menerusi tabung-tabung," tambah beliau. 

Dalam pada itu, Encik Faizal mengatakan bahawa dana yang dikumpul akan digunakan untuk mendapatkan keperluan kecemasan termasuk makanan, tempat tinggal sementara dan huraian sanitasi untuk para mangsa banjir di Pakistan.

"Kami prihatin akan keadaan para mangsa di Pakistan. Ramai daripada mereka yang terjejas dan kehilangan tempat tinggal. Kami prihatin juga tentang wabak yang mungkin berlaku kerana sanitasi di sana tidak begitu baik," katanya. 

Orang ramai boleh membuat sumbangan mereka menerusi kaedah-kaedah berikut sehingga Rabu (14 Sep):

- PayNow – dengan UEN RLAF: 200910530ZRLA dan catatkan 'Pakistan Floods'

- Giving.SG – kempen di laman giving.sg/rlafoundationsg/pakistanfloods

- Pemindahan wang menerusi bank ke 'OCBC Current Account' di nombor akaun: 601313315001

-Kirimkan derma melalui cek kepada ‘RLAF’ serta tuliskan di bahagian belakang cek: nama penderma, nombor telefon dan catatkan “Pakistan Floods”. Hantarkan cek anda ke RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau ke MUIS (No. 273
Braddell Road, Singapore 579702)

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan