Dakwaan gaji tahunan Ho Ching 'sekitar S$100 juta' tidak benar, tegas Temasek
Temasek Holdings pada Ahad (19 Apr) menegaskan bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa gaji tahunan bagi ketua eksekutifnya, Ho Ching adalah 'sekitar S$100 juta' adalah tidak benar sama sekali.

CEO Temasek Holdings, Cik Ho Ching, di satu sidang puncak yang berlangsung pada 2019. (Gambar: Laman Facebook Temasek)
SINGAPURA: Temasek Holdings pada Ahad (19 Apr) menegaskan bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa gaji tahunan bagi ketua eksekutifnya, Ho Ching adalah 'sekitar S$100 juta' adalah tidak benar sama sekali.
Dalam kenyataan yang diterbitkan di lamannya, firma pelaburan negara itu turut menegaskan bahawa dakwaan tersebut timbul daripada komentar berdasarkan sebuah rancangan temu bual Asia".
"Dakwaan ini tidak benar," tegas kenyataan tersebut.
Menurut Temasek, gaji tahunan Cik Ho Ching "bukan yang tertinggi dalam Temasek mahupun antara lima eksekutif dengan gaji tertinggi" dalam syarikat tersebut.
Cik Ho Ching adalah isteri Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Temasek menegaskan bahawa ia berpegang teguh kepada prinsip jangka panjang, yang turut merangkumi rangka kerja gaji yang menyebariskan kepentingan pekerja dan pemegang saham dengan putaran ekonomi.
"Ia adalah sebahagian daripada etos kami yang mengutamakan apa yang benar dan wajar sebagai sebuah institusi yang berpandangan jauh," tambah kenyataan tersebut.
"Insentif lebih tertumpu kepada prestasi jangka panjang dan memastikan agar para pekerja kami saling meraih manfaat dan mengharungi masa sukar bersama-sama dengan para pemegang saham Temasek semasa melalui pebagai kitaran ekonomi," tegas kenyataan itu lagi.
Kenyataan tersebut menambah bahawa amalan-amalan berhubung gaji disemak dari semasa ke semasa oleh industri kewangan sebagai 'pemeriksaan tambahan' bagi menyokong usaha memikat dan mengekalkan bakat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.