Daiso S'pura ganti harga $2 dengan sistem harga 15 peringkat
(Gambar: Daiso Singapore/Facebook)
SINGAPURA: Rangkaian runcit Jepun, Daiso, yang terkenal dengan pelbagai barangan yang dijual hanya pada harga S$2, mengumumkan pada Isnin (25 Apr) bahawa ia bakal mengenakan sistem harga 15 peringkat.
Peringkat harga yang ditandakan dengan warna-warna berbeza berdasarkan mata wang yen Jepun, akan termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bermula dari S$2.14 sehingga S$25.47.
Harga-harga baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 Mei ini.
"Kami mengucapkan terima kasih atas pemahaman dan sokongan berterusan anda," menurut Daiso dalam satu catatan Facebook.
Kedai tersebut, yang mempunyai 29 cawangan di Singapura, menjual produk-produk seperti alat tulis, makanan, barangan rumah dan pakaian. Produk-produk di bawah label Daiso sebelum ini dijual pada harga tetap S$2, manakala produk di bawah jenama Threeppy mempunyai harga yang berbeza.
Langkah itu menyusuli pengumuman Daiso sebelum ini bahawa ia akan mula mengenakan cukai GST 7 peratus, iaitu tambahan kepada harga S$2 untuk produk-produknya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.