Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Daiso akan buka 3 cawangan baru di Jurong Point, Nex & kawasan Ang Mo Kio

Anggaran Waktu Membaca:
 Daiso akan buka 3 cawangan baru di Jurong Point, Nex & kawasan Ang Mo Kio

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Rangkaian runcit Jepun, Daiso, akan menambah tiga lagi cawangannya di Singapura dalam masa beberapa bulan akan datang kerana melihat "masa depan yang sangat stabil" di sini dengan peluang untuk terus mengukuhkan pertumbuhannya.

Salah satu cawangan barunya termasuk sebuah cawangan perdana di pusat beli-belah Jurong Point yang akan dibuka secara rasmi pada Rabu (25 Mei).

Seluas hampir 15,000 kaki persegi, cawangan itu turut menawarkan tiga jenama di bawah satu bumbung, menjadikannya kedai konsep yang pertama di luar Jepun.

Selain daripada barangan keperluan rumah dan harian yang dimampui di bawah jenama Daiso yang terkenal, cawangan di Jurong Point juga akan menampilkan dua jenama lain syarikat itu – Standard Products, yang memberi tumpuan kepada produk mesra alam dan Threeppy, pakaian wanita yang baru dijenamakan semula.

Sementara itu, dua lagi cawangan Daiso sedang dalam perancangan – satu akan dibuka di pusat beli-belah NEX di Serangoon pada bulan depan manakala sebuah lagi dijangka siap di kawasan Ang Mo Kio menjelang September.

Peluasan ini adalah sebahagian daripada strategi pengembangan global Daiso dan juga kerana peruncit Jepun itu melihat "masa depan yang sangat stabil untuk Singapura dengan banyak peluang pertumbuhan", kata presiden syarikat induk Daiso Industries, Seiji Yano di satu acara media pada Isnin (23 Mei).

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan