Dairy Farm Residences kurangkan yuran penyenggaraan kondo sebanyak 40% berikutan aduan penduduk
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Pemaju kondominium Dairy Farm Residences mengurangkan yuran penyenggaraannya sebanyak 40 peratus, berikutan aduan oleh penduduk mengenai yuran penyenggaraan yang dinaikkan secara mengejut.
Menurut risalah pemasaran bagi kondo itu seperti yang dilihat Mediacorp, kos penyenggaraan yang dianggarkan setiap bulan bagi unit dua bilik tidur dan kebanyakan unit tiga bilik tidur adalah antara S$260 hingga S$280.
Bagi baki unit tiga bilik tidur dan apartmen empat bilik tidur, yuran yang dianggarkan adalah antara S$320 hingga S$350.
Semua penduduk yang ditemui Mediacorp sebelum ini, yang mana unit mereka adalah dalam kalangan unit lebih kecil, perlu membayar hampir S$4,300 bagi yuran enam bulan. Ini bermakna mereka membayar sekitar lebih $700 sebulan.
Yuran bulanannya adalah lebih S$850 bagi unit empat bilik tidur dan sebilangan unit tiga bilik tidur.
Berikutan semakan yuran, penduduk kini dikenakan bayaran sekitar S$427 dan S$513 sebulan bagi yuran penyenggaraan berdasarkan unit yang dimiliki, termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 8 peratus.
Penduduk sama ada boleh meminta bayaran balik bagi yuran tambahan yang sudah dibayar, atau menggunakan jumlah tambahan tersebut untuk membayar yuran penyenggaraan masa depan.
KELULUSAN UNTUK SEMAKAN YURAN MENGAMBIL MASA
Sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp, United Engineers, iaitu pemaju Dairy Farm Residences, menyatakan ia menerima kelulusan dari Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) bagi yuran penyenggaraan bulanan yang disemak pada 23 November.
Ia juga sudah memaklumkan pemilik kondominium tersebut mengenai yuran yang dikurangkan.
Menurut United Engineers, pihaknya bersama ejen pengurusan kondominium tersebut sudah menjelaskan kepada pembeli bahawa isu itu sedang diusahakan, dan proses menyemak semula yuran penyenggaraan serta mendapatkan kelulusan yang diperlukan, akan mengambil masa.
Pemaju itu juga memberitahu Mediacorp bahawa yuran penyenggaraan yang lebih tinggi adalah berdasarkan anggaran bajet yang disediakan oleh perunding profesional luar.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.