Daftar pengundi yang sudah disemak dibuka kepada umum untuk diperiksa mulai 19 Jun hingga 2 Jul
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Daftar pengundi yang sudah disemak semula dibuka kepada umum untuk diperiksa mulai 19 Jun hingga 2 Julai.
Demikian menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Selasa (18 Jun).
Perdana Menteri Lawrence Wong sebelum ini mengarahkan ELD untuk menyemak semula daftar pengundi menjelang 31 Julai, menurut pengumuman ELD sebulan lalu, iaitu pada 20 Mei.
Daftar pengundi yang sudah disemak semula itu mengandungi nama semua pengundi yang layak setakat 1 Jun.
Rakyat Singapura boleh memeriksa semua butiran mereka dalam daftar tersebut di laman ELD atau aplikasi Singpass.
Mereka yang tidak berupaya memeriksa butiran mereka online boleh melakukannya di kelab masyarakat dan pusat ServiceSG berdekatan rumah mereka. Mereka juga boleh melakukannya di pejabat ELD dengan membuat janji temu online atau menghubungi 1800-225-5353.
Rakyat Singapura yang berada di luar negara dan tidak dapat memeriksa butiran mereka online boleh melakukannya di kedutaan Singapura di luar negara yang berkhidmat sebagai pusat pendaftaran luar negara.
Semasa melakukan pemeriksaan, rakyat Singapura boleh membuat tuntutan untuk menyenaraikan nama mereka sekiranya nama mereka sudah dikeluarkan sebelum ini atau mereka boleh mengemas kini butiran jika ia berbeza daripada apa yang tertera pada kad pengenalan mereka.
Bantahan juga boleh diserahkan untuk mengeluarkan nama daripada daftar bagi divisyen kawasan undi di mana mereka menetap.
Tuntutan dan bantahan boleh boleh diserahkan online di laman ELD atau secara langsung di kelab-kelab masyarakat, pejabat ELD dan kedutaan Singapura di luar negara yang berkhidmat sebagai pusat pendaftaran.
Senaraui tuntutan akan dibuka untuk diperiksa mulai 13 Julai hingga 20 Julai di lokasi-lokasi tersebut.
Mereka yang namanya sudah dikeluarkan daripda dafrat pengundi kerana ggal mengundi dalam pilihan raya sebelum ini boleh memohon menerusi laman ELD untuk disenaraikan semula supaya boleh mengundi dalam pilihan raya seterusnya, menurut ELD, sambil menambah bahawa mereka digalakkan untuk membuat permohonan awal.
"Di bawah undang-undang, kami tidk boleh menyenaraikan semula nama mereka dalam tempoh mulai tarikh Writ pilihan raya dikeluarkan sehingga selepas Hari Pencalonan jika pilihan raya tidak dipertandingkan, atau sehingga selepas Hari Mengundi," menurut ELD.
"Oleh yang demikian, merek tidak boleh mengundi jika ada pengundian bagi Divisyen Kawasan Undi di mana menetap."
Kali terakhir Singapura mengadakan Pilihan Raya Umum adalah 10 Julai 2020 dan yang seterusnya mesti diadakan menjelang November 2025.
Para penganalisis politik menyifatkan September tahun ini sebagai satu kemungkinan bagi Pilihan Raya Umum.
Pada 12 Jun, Perdana Menteri Lawrence Wong memberi bayangan bahawa Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) masih belum dibentuk apabila para wartawan bertanya tentang bila pilihan raya akan diadakan.
Menubuhkan EBRC adalah langkah penting sebelum Pilihan Raya Umum diumumkan.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.