Daftar pengundi dibuka untuk pemeriksaan awam mulai 26 Feb
Senarai mengandungi nama kesemua rakyat Singapura yang layak untuk mengundi dibuka untuk pemeriksaan awam mulai esok hingga 11 Mac 2019.
SINGAPURA: Senarai mengandungi nama kesemua rakyat Singapura yang layak untuk mengundi dibuka untuk pemeriksaan awam mulai esok hingga 11 Mac 2019.
Jabatan Pilihan Raya menyatakan senarai daftar itu mengandungi kesemua nama pengundi yang layak setakat 1 Februari 2019.
Rakyat Singapura boleh menyemak butiran peribadi mereka dengan menggunakan NRIC atau pasport mereka di kelab-kelab masyarakat, kedutaan Singapura di luar negara yang menyediakan khidmat pusat pendaftaran luar negara, di Jabatan Pilihan Raya atau laman jabatan itu.
Semasa tempoh pemeriksaan ini, seseorang itu boleh mengemukakan tuntutan, maklumat terkini dan bantahan.
Nama mereka yang dikeluarkan daripada senarai daftar kerana gagal mengundi pada pilihan raya sebelum ini, boleh memohon untuk menyertakan semula nama mereka supaya dapat mengundi pada pilihan raya di masa akan datang.
Rakyat Singapura yang berada di luar negara dan nama mereka tersenarai dalam Daftar Pengundi tetapi sudah menetap di Singapura sekurang-kurangnya 30 hari antara 1 Februari 2016 hingga 31 Januari 2019, boleh memohon untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi luar negara bagi pilihan raya di masa akan datang, di salah sebuah pusat mengundi yang dikhaskan di luar negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.