Daftar pengundi bakal disemak semula jelang 31 Julai
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail pusat mengundi di Singapura. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong mengarahkan Jabatan Pilihan Raya (ELD) untuk menyemak semula daftar pengundi Singapura menjelang 31 Julai, umum ELD pada Isnin (20 Mei).
Arahan tersebut dikeluarkan menjelang Pilihan Raya Umum yang mesti diadakan menjelang November 2025.
"Selaras dengan seksyen 14 (1) Akta Pilihan Raya Parlimen, Perdana Menteri mengarahkan pegawai pendaftar untuk menyemak daftar pengundi dan menyelesaikannya sebelum 31 Julai 2024," tulis ELD dalam kenyataan media.
"Semakan semula itu bertujuan untuk mengemas kini daftar."
Mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut setakat 1 Jun 2024 akan disertakan dalam daftar divisyen pilihan raya:
"Daftar pengundi akan dibuka untuk pemeriksaan awam pada Jun 2024, tegas ELD.
Maklumat lanjut tentang bagaimana rakyat Singapura dapat periksa daftar pengundi akan disediakan apabila ia dibuka bagi pemeriksaan awam, tambah LED.
Di Singapura, mengundi dalam pilihan raya wajib bagi mereka yang layak. Mereka yang gagal melakukan demikian akan dikeluarkan daripada daftar.
Mereka boleh memlilih untuk memasukkan nama masing-masing supaya mereka layak mengundi pada pilihan raya pada masa depan.
Rakyat Singapura boleh mencari butiran peribadi dan status pengundian mereka di aplikasi Singpass dan di khidmat pengundi laman web ELD.
Kali terakhir Pilihan Raya Umum Singapura diadakan adalah pada 10 Julai 2020.
Pilihan Raya Umum mesti diadakan menjelang November 2025. Namun sebahagian pemerhati politik menjangkakan pilihan raya akan diadakan dalam beberapa bulan akan datang, susuli pelantikan Encik Wong sebagai Perdana Menteri Singapura keempat.

- Warga Singapura
- Tidak berusia bawah umur 21 tahun
- Tidak dihalang menjadi pengundi di bawah mana-mana undang-undang sedia ada
- Mempunyai alamat rumah Singapura pada kad pengenalan, atau sedang menetap di luar negara dan sudah menukar alamat pada NRIC mereka kepada alamat luar negara, meskipun ia mempunyai alamat di Singapura yang didaftar bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bagi tujuan mengundi
"Daftar pengundi akan dibuka untuk pemeriksaan awam pada Jun 2024, tegas ELD.
Maklumat lanjut tentang bagaimana rakyat Singapura dapat periksa daftar pengundi akan disediakan apabila ia dibuka bagi pemeriksaan awam, tambah LED.
Di Singapura, mengundi dalam pilihan raya wajib bagi mereka yang layak. Mereka yang gagal melakukan demikian akan dikeluarkan daripada daftar.
Mereka boleh memlilih untuk memasukkan nama masing-masing supaya mereka layak mengundi pada pilihan raya pada masa depan.
Rakyat Singapura boleh mencari butiran peribadi dan status pengundian mereka di aplikasi Singpass dan di khidmat pengundi laman web ELD.
Kali terakhir Pilihan Raya Umum Singapura diadakan adalah pada 10 Julai 2020.
Pilihan Raya Umum mesti diadakan menjelang November 2025. Namun sebahagian pemerhati politik menjangkakan pilihan raya akan diadakan dalam beberapa bulan akan datang, susuli pelantikan Encik Wong sebagai Perdana Menteri Singapura keempat.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.