Daftar Pengundi akan disemak jelang 31 Jul; warga SG boleh periksanya pada lewat Jun

Gambar fail: TODAY/Ili Nadhirah Mansor
Ini menjelang Pilihan Raya Presiden yang dijangka berlangsung pada lewat tahun ini dan Pilihan Raya Umum yang mesti diadakan menjelang 2025.
"Selaras dengan Seksyen 14(1) Akta Pilihan Raya Parlimen, Perdana Menteri telah mengarahkan para pegawai pendaftaran untuk menyemak daftar pengundi dan memuktamadkan semakan pada atau sebelum 31 Jul 2023," menurut ELD dalam kenyataan medianya.
"Semakan itu bagi memastikan daftar pengundi dikemas kini."
Sesiapa yang memenuhi kriteria kelayakan setakat 1 Jun 2023, nama mereka akan dimasukkan ke dalam daftar pengundi:
- Adalah seorang warga Singapura
- Berusia tidak kurang dari 21 tahun
- Tidak hilang kelayakan menjadi pengundi di bawah mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan
- Mempunyai alamat kediaman Singapura pada NRIC mereka atau sedang menetap di luar negara dan telah menukar alamat NRIC mereka kepada alamat luar negara semasa mempunyai alamat di Singapura yang berdaftar dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bagi tujuan mengundi
Menurut ELD, Daftar pengundi yang disemak akan dibuka untuk pemeriksaan awam pada Jun 2023.
"Jabatan Pilihan Raya akan memberikan butiran lanjut mengenai cara rakyat Singapura boleh menyemak daftar pengundi apabila ia dibuka untuk pemeriksaan awam."
Di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, para pegawai pendaftaran mesti diarahkan untuk menyemak daftar pengundi dalam tempoh tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.
Pilihan Raya Umum Singapura kali terakhir diadakan pada 10 Jul 2020.
Pilihan Raya Presiden seterusnya mesti diadakan selewat-lewatnya pada 13 Sep, dengan penggal enam tahun Presiden Halimah Yacob berakhir pada hari itu.
Pilihan raya itu boleh diadakan seawal-awalnya tiga bulan sebelum itu iaitu pada 13 Jun.
Proses itu bermula apabila Perdana Menteri mengeluarkan Writ Pilihan Raya - dokumen awam yang menandakan permulaan pilihan raya.
Bakal calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya tersebut mestilah memohon kepada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden untuk mendapatkan sijil kelayakan dan menyerahkan Pengiystiharan Tergolong Dalam Masyarakat kepada Jawatankuasa Masyarakat.
Pengiystiharan Tergolong Dalam Masyarakat diperlukan untuk mengira bila Pilihan Raya yang Diperuntukkan akan diadakan.
Puan Halimah mengumumkan pada awal minggu ini bahawa beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden seterusnya.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.