Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Daftar nama bagi kanak-kanak dilahirkan tidak bernyawa dan ubah takrifan lahir mati: Apa yang perlu anda tahu

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu undang-undang baharu membenarkan ibu bapa mendaftarkan nama bayi mereka yang dilahirkan tidak bernyawa dan mengubah takrifan garisan masa seorang bayi yang dilahirkan tidak bernyawa, diluluskan di parlimen pada Selasa (9 Jan).

Keputusan membenarkan ibu bapa untuk menamakan anak-anak mereka yang dilahirkan tidak bernyawa secara rasmi dibuat menyusuli maklum balas yang diterima daripada ibu bapa yang kematian anak mereka.

Demikian menurut Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling di parlimen semasa perbahasan.

"Kami mendengar sentimen yang dirasai mereka secara mendalam, bahawa seorang bayi yang tidak bernyawa sama seperti kehilangan seorang anak. Bagi sebilangan ibu bapa, untuk menamakan anak itu secara rasmi merupakan langkah penting dalam proses pemulihan (daripada kehilangan)," jelas Cik Sun, yang juga merupakan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Dalam Negeri.

"Kami berharap pindaan kepada RBDA (Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian) untuk membolehkan pendaftaran rasmi nama bagi anak yang dilahirkan tidak bernyawa akan membantu dalam mengiktiraf kelahiran kanak-kanak itu dan menyokong proses pemulihan bagi ibu bapa yang kematian anak mereka," kata Cik Sun pada Selasa.

Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu mengenai undang-undang baharu tersebut.

NAMA DAN SIJIL BAGI KANAK-KANAK YANG DILAHIRKAN TIDAK BERNYAWA

Buat masa ini, ibu bapa bayi yang dilahirkan tidak bernyawa akan menerima sijil lahir mati digital, tetapi nama kanak-kanak itu tidak disenaraikan.

Dengan pindaan baharu kepada undang-undang tersebut, ibu bapa akan dapat memohon untuk mendaftar nama bagi kanak-kanak tersebut dalam setahun selepas dilahirkan tidak bernyawa, jelas Cik Sun.

Sijil lahir mati digital itu, yang boleh dimuat turun dari laman My Legacy, akan tertera nama yang berdaftar kanak-kanak itu, tambahnya.


BILA PERUBAHAN ITU BERKUAT KUASA?

Penamaan rasmi kanak-kanak yang dilahirkan tidak bernyawa akan memerlukan penambahbaikan kepada sistem ICA, tekan Cik Sun.

"Oleh kerana ICA mempunyai penambahbaikan sistem lain yang lebih penting, penambahbaikan itu berkait dengan penamaan bayi yang dilahirkan tidak bernyawa akan mengambil masa. Kami meramalkan ia mengambil masa sekitar dua tahun," tambahnya.

Had masa mendaftarkan nama kanak-kanak itu dalam tempoh setahun daripada dilahirkan tidak bernyawa juga diguna pakai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir mati sebelum ini, kata Cik Sun dalam ucapan penutupnya di Parlimen.

Buat masa ini, ibu bapa yang ingin menamakan anak-anak mereka yang dilahirkan tidak bernyawa, boleh memohon bagi sijil kelahiran peringatan yang tertera nama mereka bagi tujuan memperingati mereka di laman ICA, katanya.

ICA mula mengeluarkan sijil kelahiran peringatan pada 1 Oktober kepada ibu bapa kanak-kanak yang dilahirkan tidak bernyawa. Walaupun sijil dikeluarkan oleh ICA dan tertera nama anak-anak yang dilahirkan tidak bernyawa, ia bukan dokumen rasmi dan undang-undang.

Sehingga kini, ICA sudah mengeluarkan 51 sijil kelahiran peringatan, kata Cik Sun dalam ucapan penutupnya.

MENGAPA DOKTOR BIMBANG?

Selepas pindaan 2021, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menerima maklum balas daripada doktor bahawa ambang 22 minggu mungkin disalah tafsir sebagai petunjuk sejauh mana janin boleh hidup, atau keupayaan janin manusia untuk bertahan di luar rahim, kata Cik Sun.

"Pengamal perubatan bimbang tentang perkara ini, kerana bukti perubatan dan saintifik tempatan menunjukkan 24 minggu kehamilan sebagai ambang bagi sejauh mana janin boleh hidup, dan bukan 22 minggu," tambahnya.

Memindahkan takrifan seorang kanak-kanak yang dilahirkan tidak bernyawa kepada selepas 14 minggu kehamilan sejajar dengan apa yang dinyatakan dalam Penamatan Akta Kehamilan, yang menyatakan bahawa pengguguran selepas 24 minggu kehamilan hanya dibenarkan dalam kes terdesak perubatan.

APA YANG BERLAKU APABILA IBU PERLU MELAHIRKAN LEBIH AWAL?

Apabila ibu bapa berdepan dengan prospek melahirkan anak pramatang, mereka diberi kaunseling oleh doktor mereka dengan maklumat mengenai peluang bayi untuk hidup dan risiko komplikasi teruk, kata Cik Sun dalam ucapan penutupnya.

Ini akan mengambil kira perincian kes itu, termasuk sebarang keadaan perubatan yang mungkin ada pada ibu, katanya.

"Kaunseling sedemikian akan membantu ibu bapa untuk membuat keputusan mengenai campur tangan perubatan yang wajar."

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan