Daftar baharu dilancar, bantu perniagaan SG jejak & lapor pelepasan karbon
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) pada Isnin (15 Apr) melancarkan satu daftar untuk membantu perniagaan tempatan menjejak dan melaporkan pelepasan karbon mereka dengan lebih mudah dan tepat.
Daftar Faktor Pelepasan itu bertujuan membantu perniagaan memenuhi keperluan melaporkan iklim mereka.
Demikian dijelaskan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, semasa mengumumkan daftar tersebut di acara pembukaan Ecosperity Week 2024.
Persidangan tahunan kemampanan anjuran Temasek, yang diadakan hingga Rabu (17 Apr) ini, menghimpunkan para pemimpin sektor swasta dan awam, ahli akademik dan pihak-pihak lain untuk meneruskan agenda pembangunan mampan.
Daftar Faktor Pelepasan adalah usaha sama antara SBF, Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan
(A*STAR), PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Singtel.
Ia disokong oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta Kementerian Kemampanan dan Sekitaran.
"Idea bagi daftar itu terbit semasa perbincangan Melakar Hala Tuju SG (Forward SG) pada 2022, di mana syarikat-syarikat menyuarakan kesukaran untuk melaporkan pelepasan karbon skop 3," kata Cik Fu.
Pelepasan karbon skop 3 lazimnya merujuk kepada pelepasan bukan secara langsung daripada entiti dalam rantaian nilai sesebuah syarikat, seperti perjalanan perniagaan, pembuangan sisa dan penggunaan air.
Daftar itu merakam pangkalan data faktor-faktor pelepasan karbon berdasarkan konteks Singapura.
Pelepasan ini akan menukarkan data operasi daripada kegiatan perniagaan kepada maklumat pelepasan gas rumah hijau.
Dalam kenyataan media berasingan, SBF menyatakan daftar itu menyokong wadah membuat laporan dan huraian sedia ada yang membantu proses membuat laporan kemampanan menjadi automatik.
SBF menambah kebanyakan perniagaan Singapura buat masa ini menggunakan faktor pelepasan dari sumber antarabangsa bagi membuat laporan kemampanan dan pelepasan karbon, terutama sekali bagi pelepasan skop 3.
"Daftar Faktor Pelepasan yang mengandungi faktor pelepasan yang disesuaikan kepada konteks tempatan akan membantu perniagaan berpangkalan di Singapura menjejaki dan melaporkan pelepasan mereka dengan lebih tepat, sekali gus membuat keputusan yang termaklum mengenai cara mengurangkan jejak karbon mereka berdasarkan kesannya ke atas sekitaran," menurut SBF.
Dalam ucapannya Cik Fu juga berkata, meskipun dasar dan insentif pemerintah adalah pemangkin penting bagi proses menghapuskan karbon, Singapura juga memerlukan idea-idea yang bernas, mekanisme pembiayaan yang teguh dan perkongsian antarabangsa yang kukuh.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.