Daerah barat SG dijangka saksikan perubahan pada sempadan kawasan undi pilihan raya: Penganalisis
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: HDB)
SINGAPURA: Sempadan kawasan undi bagi di bahagian barat Singapura dijangka dilakar semula oleh jawatankuasa yang sedang menyemak garisan kawasan undi menjelang pilihan raya umum tahun ini, menurut pemerhati politik.
Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) ditubuhkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong pada Rabu (22 Jan) untuk menjalankan semakan menjelang pilihan raya seterusnya, yang perlu diadakan menjelang 23 November.
Berdasarkan syarat rujukan jawatankuasa itu, pemerhati berkata kemungkinan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dan Kawasan Undi Perseorangan (SMC) baharu diwujudkan.
Mediacorp meneliti perubahan yang mungkin berlaku pada peta kawasan undi:
1. SMC Hong Kah North dan GRC West Coast
Hong Kah North kini merupakan satu-satunya SMC yang melebihi had pengundi 38,000 orang untuk kawasan undi perseorangan, dengan jumlah pengundinya seramai 38,929.
Jumlah pengundi yang bertambah sebanyak 65.5 peratus disebabkan flat-flat baharu HDB di Tengah.
Kawasan undi itu diwakili oleh Dr Amy Khor, Menteri Negara Kanan, Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan, sejak 2001.
SMC Hong Kah North terletak berhampiran GRC West Coast dan GRC Chua Chu Kang.
“Bahagian barat Singapura pasti akan melihat beberapa perubahan besar. Beberapa kawasan undi sudah menyaksikan jumlah pengundi meningkat, dengan terdirinya estet baharu seperti Tengah,” kata pemerhati bebas Felix Tan, yang menulis tentang landskap politik Singapura.
"Saya tidak terperanjat jika SMC Hong Kah diserapkan ke dalam GRC West Coast," katanya.
Profesor Madya Tan Ern Ser, zamil penyelidik utama adjung di Institut Kajian Dasar (IPS), berkata kawasan undi itu juga mungkin diserap ke GRC Chua Chu Kang atau GRC Marsiling-Yew Tee, yang diketuai Perdana Menteri Lawrence Wong.
Ini bukan kali pertama Hong Kah North diserap menjadi sebahagian daripada GRC.
Kawasan undi itu diwujudkan pada 2011 sebagai sebahagian daripada GRC Hong Kah, kata rakan penyelidiknya di IPS Teo Kay Key.
Beliau berkata bahawa SMC Hong Kah North kini diuruskan di bawah Majlis Bandaran Chua Chu Kang, jadi sebarang perubahan mungkin dikaitkan dengan Chua Chua Kang berbanding dengan West Coast.
Bagaimanapun, ia juga mungkin kekal sebagai sebuah SMC, dengan sempadannya dilakar semula supaya bilangan pengundinya kembali berada dalam julat yang boleh diterima, kata Dr Teo.
"Walaupun peraturan semasa membenarkan GRC enam anggota, kami tidak nampak apa-apa perubahan pada 2020. Jika trend itu diteruskan, SMC yang bersempadankan GRC lima anggota berkemungkinan besar tidak akan diserap terus ke dalam GRC," katanya.
Mengekalkan SMC sebagai kerusi perseorangan juga memastikan kesinambungan pentadbiran selepas pilihan raya dan majlis bandaran perlu ditubuhkan, katanya.
2. SMC Potong Pasir
SMC Potong Pasir menyaksikan peningkatan terbesar jumlah pengundi berbanding pilihan raya umum lalu, dengan lonjakan sebanyak 68.6 peratus, didorong oleh penduduk dari pembangunan perumahan baharu di Bidadari.
Kawasan itu diwakili oleh Encik Sitoh Yih Pin dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak 2011.
Pemerhati berkata sebahagian daripada jumlah pengundi seramai 31,268 orang itu mungkin dikeluarkan dan digabungkan dengan GRC sedia ada, seperti Bishan-Toa Payoh atau Jalan Besar, yang kedua-duanya mempunyai bilangan pengundi yang seimbang.
"Langkah itu juga tidak akan membuat perubahan yang terlalu drastik secara menyeluruh, terutamanya di kawasan seperti GRC Marine Parade dan SMC MacPherson," kata Dr Tan.
Para pemerhati berkata kemungkinan besar GRC Marine Parade, SMC MacPherson dan SMC Mountbatten tidak akan berubah, kerana sudah mempunyai usaha bersepadu untuk berkhidmat kepada kawasan undi, kata pemerhati.
Sebagai contoh, perkhidmatan bas ulang-alik percuma untuk penduduk di tiga kawasan itu dilancarkan pada Julai tahun lepas, membawa mereka ke kemudahan seperti poliklinik, pusat penjaja dan stesen MRT. Gambar anggota parlimen kawasan itu turut tertera di tepi bas.
3. GRC Pasir Ris-Punggol dan SMC Punggol West
GRC Pasir Ris-Punggol sudah menghampiri had pengundi bagi kawasan undi lima AP sebanyak 190,000 orang – dengan 180,319 pengundi buat masa ini.
"Kawasan ini mungkin melihat beberapa perubahan pada sempadannya berdasarkan perubahan demografi," kata Dr Teo.
Terdapat kemungkinan satu atau dua SMC diwujudkan di Pasir Ris-Punggol GRC, tetapi kawasan itu akan kekal utuh secara keseluruhan, kata pemerhati politik dan mantan AP PAP Inderjit Singh.
Kawasan undi itu sudah dilakar semula pada pilihan raya lalu, apabila SMC Punggol West yang baharu dan diserap ke dalam sebahagian GRC Sengkang yang baharu.
SMC Punggol West kini mempunyai 26,769 pengundi, yang menurut Dr Teo "adalah dalam had nisbah pengundi".
"Jadi satu kemungkinan ialah melihat beberapa lakaran semula sempadan dilakukan supaya SMC diperluaskan," katanya mengenai kawasan undi itu, yang kini diwakili oleh Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling.
Satu lagi ialah diwujudkan GRC berasingan yang baharu di kawasan itu sama sekali, kata pemerhati.
Satu cabaran apabila GRC baharu diwujudkan, adalah keperluan untuk parti mencari ketua pasukan yang sesuai, atau menteri utama dalam kes parti pemerintah, kata Dr Tan.
4. SMC Yuhua dan GRC Jurong
SMC Yuhua adalah kawasan undi perseorangan paling kecil dengan 20,362 pengundi.
"SMC Yuhua mungkin dimasukkan ke dalam GRC Jurong," kata Dr Tan.
Kawasan undi itu diketuai Menteri Kemampanan dan Sekitaran Sekitar Grace Fu sejak 2011, dengan sebahagian besarnya bersempadankan GRC Jurong.
Buat masa ini, SMC Yuhua, SMC Bukit Batok dan GRC Jurong semuanya diuruskan di bawah Majlis Bandaran Jurong-Clementi.
Dr Tan menambah bahawa mungkin juga terdapat beberapa perubahan yang dilihat dalam garisan sempadan kawasan undi SMC Bukit Batok.
“Bagaimanapun, saya tidak fikir EBRC mahu membuat perubahan besar dan ketara apabila membincangkan mengenai pelakaran semula garis sempadan pilihan raya, melainkan ada keperluan sebenar untuk berbuat demikian,” katanya.
“EBRC juga mungkin tidak mahu keputusan mereka akhirnya menjejaskan pengundi yang layak di seluruh Singapura.”

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.