'Dadah bijak', produk pelangsing badan dirampas
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) merampas sekitar 4,500 unit produk kesihatan terlarang dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan minggu lalu, menurut HSA pada Selasa (23 Okt).
Antara produk kesihatan yang dirampas. (Gambar: HSA)
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) merampas sekitar 4,500 unit produk kesihatan terlarang dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan minggu lalu, menurut HSA pada Selasa (23 Okt).
Nilai pasaran produk-produk itu dianggarkan sekitar S$9,000. Kebanyakan ubat yang dirampas adalah produk mengurangkan berat badan, sementara lebih 90 peratus penjualan secara haram dikesan semasa operasi dari 9 Okt hingga 16 Okt.
Menurut kenyataan HSA itu lagi, dua orang sedang membantu siasatan.
Produk-produk pelangsing badan yang dirampas didapati mengandungi sibutramin yang dilarang di Singapura.
Penjualannya dilarang kerana para pengguna melaporkan kesan sampingan seperti halusinasi, sesak nafas dan debaran jantung. Ia juga didapati meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.
"DADAH BIJAK" DISITA
HSA turut merampas sebanyak 500 pil modafinil yang dihantar ke Singapura dari penjual luar negara. Modafinil, yang juga dikenali sebagai 'dadah bijak', hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor untuk merawat narkolepsi atau rasa mengantuk yang melampau.
Ada juga laporan yang menyatakan pil itu turut digunakan oleh orang-orang sihat untuk meningkatkan tumpuan mereka.
Sesiapa yang didapati bersalah membekalkan produk-produk kesihatan terlarang dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda sehingga S$100,000.
Operasi HSA itu dijalankan bersama INTERPOL sebagai sebahagian daripada Operasi Pangea, minggu internet antarabangsa yang menyasarkan penjualan perubatan palsu dan tidak berlesen di wadah online.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.