Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dadah bernilai S$555,000 & senapang angin dirampas susuli serbuan CNB

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dadah bernilai kira-kira S$555,000 dirampas berikutan operasi selama dua minggu di seluruh negara oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

Operasi yang berakhir pada Jumaat (26 Ogos) itu berjaya merampas kira-kira 3,730 gram (g) heroin, 866g Ice, 5,240g ganja, 51 pil Ecstasy dan 2g ketamin.

CNB juga merampas 21g bahan psikoaktif baru (NPS), 108 pil Erimin-5, 29 pil Yaba, dua botol methadone dan empat botol cecair yang disyaki mengandungi gamma-hydroxybutyrate (GHB).

Seramai 134 suspek yang disyaki adalah pesalah dadah turut diberkas, menurut CNB sambil menambah beberapa kawasan yang diliputi semasa operasi tersebut termasuk Bukit Batok, Kallang dan Sengkang.

DIBUANG KELUAR TINGKAP

Dalam salah satu kes, para pegawai CNB menyerbu sebuah unit kediaman berhampiran Chai Chee Avenue pada 23 Ogos.

Dua lelaki warga Singapura berumur 58 dan 59 tahun diberkas. Jumlah kecil heroin, satu botol methadone serta peralatan dadah dirampas daripada unit berkenaan, menurut CNB.

"Sebelum mereka diberkas, dadah terkawal itu dipercayai dibuang ke luar tingkap unit berkenaan," menurut agensi itu.

Gambar-gambar yang dipetik oleh CNB menunjukkan para pegawainya cuba menarik keluar dadah terkawal itu daripada hadangan tempat binaan.

Para pegawai berjaya menemui dadah itu termasuk tiga bungkusan dan penyedut mengandungi kira-kira 13g heroin.

GANJA DALAM TEMPAT SIMPAN CD, SENAPANG ANGIN

Dalam kes lain pada hari yang sama, para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengesan keganjilan pada imej imbasan semasa menjalankan pemeriksaan.

"Selepas pemeriksaan lanjut, para pegawai menemui satu bungkusan mengandungi ganja yang disembunyikan di dalam tempat menyimpan CD," menurut CNB sambil menambah bahawa 26g ganja ditemui dalam bungkusan tersebut.

Kes berkenaan sudah diserahkan kepada CNB untuk siasatan lanjut.

Dalam operasi susulan pada 24 Ogos dan 25 Ogos, para pegawai CNB memberkas dua lelaki warga Singapura, kedua-duanya berusia 21 tahun, berhampiran Ghim Moh Road.

A

Kira-kira 71g ganja ditemui pada salah satu lelaki itu. Lelaki berkenaan juga dibawa ke kediamannya di kawasan yang sama di mana 120g ganja dan pelbagai peralatan dadah dirampas.

"Selaras senapang angin dan peluru getah dirampas daripada kenderaan lelaki yang sama dan diserahkan kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk siasatan lanjut," menurut CNB.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan