Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dadah bernilai S$473,000 dirampas CNB; seorang lelaki dan wanita diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
Dadah bernilai S$473,000 dirampas CNB; seorang lelaki dan wanita diberkas

Dadah terkawal, termasuk ganja dan heroin, dirampas di sebuah kondominium di kawasan Boon Keng dalam satu operasi CNB yang dijalankan pada 10 Oktober 2023. (Gambar: CNB)

SINGAPURA: Dua orang yang disyaki mengedar dadah diberkas dalam satu serbuan pada Selasa (10 Okt), melibatkan rampasan dadah bernilai lebih S$400,000.

Dadah yang dirampas itu merangkumi 2,378 gram heroin, 4,199 gram ganja, 223 gram Ice, 106 pil Erimin-5, 11 pil Ecstasy dan enam botol methadone, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Seorang lelaki berusia 42 tahun dan seorang wanita, 35 tahun diberkas di tempat meletak kereta di sebuah kondominium di Boon Keng pada pagi Selasa.

Para pegawai merampas 68 gram heroin, 32 gram Ice, 30 gram ganja, dua pil Erimin-5 dan 10 pil Ecstasy daripada warga Singapura itu, dan 25 gram Ice ditemui pada wanita tersebut.

Kedua-dua suspek turut dibawa ke tempat persembunyian mereka di kondominium tersebut di mana lebih banyak dadah dirampas: 4,169 gram ganja, 2,310 gram heroin, 145 gram Ice, 104 pil Erimin-5, satu pil Ecstasy dan enam botol methadone.

Pada hari yang sama, wanita terbabit, seorang penduduk tetap Singapura, dibawa ke rumahnya di Yishun, di mana CNB menemui 21 gram Ice.

Jumlah ganja, heroin dan Ice yang dirampas boleh memenuhi ketagihan sekitar 1,800 pesalah dadah untuk tempoh seminggu.

Siasatan terhadap kedua-dua suspek masih dijalankan.

Mengedar atau menawarkan untuk mengedar dadah terkawal merupakan satu kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 15 gram diamorfin atau 500 gram ganja berdepan hukuman mati mandatori.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan