Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dadah bernilai S$177,000, uncang teh sudah diusik dirampas dalam serbuan CNB

Anggaran Waktu Membaca:
Dadah bernilai S$177,000, uncang teh sudah diusik dirampas dalam serbuan CNB

(Gambar: Central Narcotics Bureau)

Diterbitkan : 11 May 2022 05:32PM Dikemas Kini : 11 May 2022 05:32PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu (11 Mei).

Dadah bernilai S$177,000 juga dirampas semasa sebuah bilik hotel di kawasan Bras Basah Road diserbu pada petang Isnin (9 Mei).

"Para pegawai secara paksa memasuki bilik itu kerana lelaki berkenaan enggan mengikuti arahan pegawai, " tambah CNB.

Lelaki itu diberkas di dalam bilik mandi, di mana dia disyaki cuba membuang dadah ke dalam jamban.

Sebanyak 2,155 gram ganja, 65 gram Ice, 5 gram ketamin, 360 gram pil Ecstasy dan lembar LSD dirampas, menurut CNB.

Para pegawai juga merampas 1,310 pil Erimin-5 dan 700 gram paket minuman yang sudah diusik, dipercayai mengandungi dadah terkawal.

Menurut CNB dadah tersebut ditemui dari beberapa lokasi dalam bilik hotel itu, termasuk dalam mangkuk dan pam tandas.

Jumlah ganja yang dirampas sebanyak 2,155 gram itu boleh memenuhi ketagihan 307 penyalah guna dadah, menurut CNB.

Siasatan terhadap kegiatan dadah lelaki warga Singapura itu sedang dijalankan.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA), adalah satu kesalahan untuk mengedar atau menawarkan untuk mengedar dadah terkawal.

Adalah satu kesalahan juga untuk melakukan atau menawarkan untuk melakukan, sebarang persiapan atau atas sebab mengedar dadah terkawal.

Ini termasuk mereka yang berbuat demikian bagi pihak diri sendiri, atau pihak orang lain - tidak kira sama ada orang itu berada di Singapura ataupun tidak.

Sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 500 gram ganja berdepan hukuman mati mandatori.

CNB mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil produk yang tidak diketahui oleh mereka. Sesiapa yang terserempak dengan aktiviti disyaki dadah atau barangan yang disyaki mengandungi dadah boleh menghubungi 1800-325-6666 untuk mendapatkan nasihat dan bantuan.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan dadah boleh juga menghubungi CNB secara online.

Sumber : CNA/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa