Skip to main content

Singapura

Dadah bernilai S$140,000 dirampas, 32 ditahan dalam operasi CNB

Anggaran Waktu Membaca:
Dadah bernilai S$140,000 dirampas, 32 ditahan dalam operasi CNB

Gambar: Biro Narkotik Pusat (CNB)

SINGAPURA: Seramai 32 orang yang disyaki pesalah dadah ditahan semasa operasi dua hari, yang berakhir pada Selasa (19 Apr), oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) di seluruh negara.

Serbuan berkenaan menyasarkan urus niaga dadah yang dijalankan melalui aplikasi sembang di kawasan seperti Bukit Panjang, Compassvale, Jurong West dan Sembawang.

Pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya S$140,000 dirampas.

Ini termasuk 191 gram Ice, 718 gram ganja, 4 gram ketamine, 4 gram kokain, 714 gram pil Ecstasy, beberapa lembar lysergic acid diethylamide (LSD), 201 pil Erimin-5 dan dua botol cecair yang disyaki mengandungi gamma-hydroxybutyrate (GHB).

Dalam satu kes, dua lelaki ditahan di kawasan Bukit Batok West pada Isnin malam (18 Apr).

Seorang lelaki berusia 26 tahun disyaki terlibat dalam urus niaga dadah yang dijalankan melalui aplikasi Telegram.

Dia dibawa ke rumahnya di kawasan berkenaan dan pegawai menemukan 173 gram yang disyaki dadah Ice, 488 gram ganja, 713 gram pil Ecstasy, 51 pil Erimin-5, beberapa lembar LSD dan sebotol yang disyaki menggandungi GHB.

Pegawai juga menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang melawat unit berkenaan kerana disyaki terlibat dengan kesalahan dadah.

Siasatan dalam kegiatan dadah kesemua suspek masih dijalankan, menurut CNB.

Operasi yang serupa dijalankan pada November tahun lalu, di mana 50 orang yang disyaki pesalah dadah ditahan, kata Superintendan Stanley Seah, Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan CNB.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, ia adalah salah untuk mengedar atau menawarkan untuk mengedar dadah terkawal.

Mereka yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 500 gram ganja mungkin berdepan hukuman mati mandatori.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita