Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dadah bernilai S$1.4 juta dirampas di Tengah, termasuk 8kg heroin

CNB mengatakan ganja, heroin dan "Ice" yang dirampas, cukup untuk kegunaan kira-kira 6,200 penagih dadah bagi tempoh seminggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dadah bernilai S$1.4 juta dirampas di Tengah, termasuk 8kg heroin

Dadah yang dirampas Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu operasi pada 7 Nov, 2024, dekat Plantation Crescent di Tengah (Gambar: CNB)

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai kira-kira S$1.4 juta dalam satu operasi yang dilakukannya di kawasan perumahan Plantation Crescent, di Tengah pada Khamis (7 Nov).

Menurut kenyataan CNB pada Isnin (11 Nov), pasukannya juga menangkap dua lelaki berusia 32 dan 44 tahun serta seorang wanita 31 tahun dalam operasi itu.

Kesemua mereka rakyat Singapura.

Lelaki 32 tahun itu ditangkap di kolong sebuah blok flat dekat Plantation Crescent.

Sekitar 1,027 gram ganja dan 513 gram Ice dirampas.

Satu lagi pasukan CNB menyerbu sebuah flat di blok yang sama di mana mereka menangkap seorang lagi lelaki dan seorang wanita.

Dadah yang dirampas termasuk kira-kira 3,223g ganja, 7,626g heroin, 2,339g Ice, 235g ecstasy, lima botol methadone dan 2,590 pil Erimin-5. Wang tunai bernilai S$9,250 turut dirampas dari unit tersebut.

Lagi 95g ganja, 477g heroin, 169g Ice dan tiga botol methadone ditemui dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu.

CNB mengatakan ganja, heroin dan "Ice" yang dirampas itu, cukup untuk kegunaan kira-kira 6,200 penagih dadah bagi tempoh seminggu.

Sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih 15g diamorphine atau "heroin tulen", lebih 250g methamphetamine atau lebih 500g ganja boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
 
Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan