Cuti sama rata bagi ibu bapa, budaya kerja lebih baik digesa sedang rang undang-undang cuti bapa 4 minggu diluluskan

(Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor)
Ini selepas satu Rang Undang-Undang diluluskan di parlimen pada Selasa (19 Sep).
Had pembayaran balik juga akan digandakan buat majikan.
Di bawah undang-undang baharu itu, faedah cuti bapa bergaji pemerintah juga akan digandakan bagi pendapatan keseluruhan bapa yang layak dari 14 hari kepada 28 hari.
Golongan bapa yang tidak layak bagi cuti bapa di bawah Akta tersebut disebabkan peraturan pekerjaan mereka mungkin layak bagi faedah baharu itu, iaitu pembayaran tunai sebagai ganti kepada cuti bapa.
Bapa yang bekerja sendiri juga akan mendapat faedah daripada langkah baharu tersebut, dengan had pembayaran pemerintah digandakan untuk mereka yang layak, sekiranya mereka kehilangan pendapatan apabila mereka berhenti bekerja untuk menjaga anak.
KENAPA IA PENTING
Apabila cuti bapa diperkenalkan 10 tahun lalu, kadar pengambilan cuti adalah 25 peratus. Sekarang, lebih separuh golongan bapa mengambil cuti bapa, atau 53 peratus setakat 2021.
Pemerintah ingin menggalakkan lebih ramai bapa untuk terlibat dalam tempoh pertumbuhan anak-anak mereka sejak kecil, kata Cik Sun pada Isnin.
CADANGAN BUAT PENAMBAHBAIKAN
Enam belas Anggota Parlimen berucap tentang Rang Undang-Undang itu pada Isnin dan Selasa, termasuk beberapa Anggota Parlimen Dilantik (NMP) baharu yang membuat ucapan sulung mereka.
Meskipun mereka bersetuju dengan perubahan tersebut, beberapa AP mencadangkan penambahbaikan terhadap aturan penjagaan kanak-kanak, terutama golongan masyarakat yang mudah terdedah kepada masalah:
- Jadikan cuti ibu bapa dan cuti bersalin setanding, dan galakkan perkongsian tanggungjawab yang sama bagi penjagaan anak
- Kaji dan perbaiki mengapa sesetengah bapa tidak mengambil cuti bapa
- Perbaiki budaya kerja supaya ibu bapa tidak dihukum, atau berdepan kemajuan kerjaya lebih perlahan disebabkan mereka mengambil cuti keibubapaan
- Lebih banyak sokongan dan standard tiga pihak bagi aturan kerja fleksibel
- Lebih banyak sokongan bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kurang upaya dan/atau berkeperluan khas
- Subsidi separa atau lebih banyak sokongan bagi pekerja gaji rendah yang mengambil cuti penjagaan bayi tanpa gaji
- Lebih banyak sokongan bagi penjaga warga emas
- Lebih banyak fleksibiliti bagi ibu bapa untuk menggunakan dana dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) anak-anak mereka
- Cuti menjaga anak yang sakit berdasarkan setiap kanak-kanak.
RESPONS PEMERINTAH
Menggulung ucapannya pada Selasa, Cik Sun menarik perhatian bahawa pemerintah sudah meninjau mengapa sesetengah bapa tidak mengambil cuti bapa mereka sepenuhnya, dengan sokongan di tempat kerja sebagai faktor utama.
"Ini termasuk sama ada penyelia memberi jaminan bahawa pengambilan cuti bapa tidak akan menjejas prospek kerjaya seorang bapa dan sama ada rakan sekerja sanggup melakukan tugas bapa tersebut semasa ketiadaannya," kata Cik Sun.
Menjawab soalan tentang usaha pemerintah menggalakkan bapa untuk menggunakan cuti bapa dan pentingnya tanggungjawab bersama sebagai ibu bapa, Cik Sun menekankan bahawa ia penting untuk masyarakat menerima tangunggjawab ibu bapa sejak awal lagi.
Dalam respons kepada soalan untuk menyamakan cuti ibu bapa, Cik Sun berkata peruntukan semasa bagi cuti bersalin dan cuti bapa dibezakan untuk memenuhi keperluan masing-masing.
"Cuti bersalain ditawarkan kepada ibu untuk pulih secara fizikal daripada melahirkan anak dan menjaga serta menjalinkan hubungan erat bersama anak mereka," tambahnya.
"Oleh itu, ia lebih lama berbanding cuti bapa, yang membenarkan bapa untuk menjaga isteri dan berinteraksi dengan anaknya yang baru lahir. Inilah sebab mengapa cuti bersalin lebih lama daripada cuti ambil anak angkat."
Pemerintah tidak mempunyai rancangan untuk mengubah peruntukan cuti keibubapaan yang sudah ditawarkan, kata Cik Sun.
Mengenai sama ada cuti penjagaan boleh ditambah, Cik Sun berkata kesukaran untuk melakukan demikian "bukan dari segi kosnya bagi pemerintah" sebaliknya cabaran yang dihadapi majikan dan perniagaan apabila cuti diwajibkan.
Menjawab soalan mengenai cuti menjaga anak yang sakit, Cik Sun menarik perhatian bahawa sektor perkhidmatan awam kini menawarkan cuti menjaga anak yang sakit berdasarkan setiap kanak-kanak. Manakala 27 peratus syarikat privet pada 2020 secara sukarela menawarkan kepada kakitangannya cuti tambahan bergaji untuk menjaga anak yang sakit.
Ibu bapa yang mempunyai lebih ramai anak-anak memerlukan lebih banyak cuti untuk menjaga mereka, akui Cik Sun.
Beliau menggalakan majikan sektor privet untuk mempertimbangkan menawarkan cuti menjaga anak yang sakit berdasarkan setiap anak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.