Cukai setem penjual lebih tinggi untuk rumah privet SG; tempoh pegangan naik kepada 4 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemilik hartanah privet yang menjual rumah mereka dalam tempoh empat tahun selepas membelinya akan dikenakan cukai setem penjual (SSD) dan membayar kadar yang lebih tinggi, umum Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Khamis (3 Jul).
SSD dikenakan ke atas pemilik hartanah privet yang menjual dalam tempoh pegangan tiga tahun.
Tempoh pegangan kini akan dinaikkan kepada empat tahun.
Kadar SSD juga akan meningkat sebanyak 4 peratusan mata untuk setiap peringkat tempoh pegangan, meningkat kepada maksimum 16 peratus bagi mereka yang menjual dalam tempoh setahun selepas membelinya.
Peraturan yang lebih ketat itu akan berkuat kuasa untuk semua hartanah privet yang dibeli pada dan selepas tengah malam pada 4 Jul.

SSD yang disemak semula tidak akan menjejas pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) disebabkan oleh Tempoh Pendudukan Minimum (MOP) untuk hartanah HDB.
Pada 2017, tempoh pegangan SSD telah dikurangkan daripada empat kepada tiga tahun. Kadar SSD juga dikurangkan sebanyak empat peratusan mata untuk setiap peringkat tempoh pegangan.
MND bagaimanapun berkata pemerintah menyaksikan jumlah transaksi hartanah privet dengan tempoh pegangan yang singkat telah meningkat dengan mendadak.
"Secara khususnya, terdapat peningkatan ketara pada penjualan unit yang belum siap," tambahnya.
"Oleh itu, pemerintah akan kembali kepada tempoh pegangan SSD sebelum 2017 selama empat tahun, dan menaikkan kadar SSD sebanyak empat peratusan mata bagi setiap peringkat tempoh pegangan."
Kali terakhir pemerintah campur tangan dalam pasaran hartanah privet ialah pada April 2023, apabila warga asing yang membeli hartanah di Singapura menyaksikan cukai setem pembeli tambahan (ABSD) dua kali ganda kepada 60 peratus.
Rakyat Singapura yang membeli hartanah kediaman kedua mereka juga perlu membayar kadar ABSD sebanyak 20 peratus, meningkat daripada 17 peratus.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.