Cuaca panas tapi berangin diramal dua minggu akan datang
Cuaca berangin diramal bagi separuh kedua bulan Januari, dengan cuaca panas dijangkakan pada beberapa hari, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura hari ini (16 Jan).
Gambar fail.
SINGAPURA: Cuaca berangin diramal bagi separuh kedua bulan Januari, dengan cuaca panas dijangkakan pada beberapa hari, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura hari ini (16 Jan).
Hujan berserta guruh diramalkan sekali-sekala kebanyakannya pada sebelah petang untuk empat hingga enam hari.
"Keseluruhannya, paras hujan pada bulan Januari 2019 dijangka jauh di bawah paras biasa," menurut Jabatan Kaji Cuaca dalam ramalan cuacanya.
Ia menambah, suhu harian dijangka antara 24 hingga 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari, meskipun suhu mungkin meningkat sehingga kepada sekitar 34 darjah Celsius pada hari-hari hujan renyai atau tidak hujan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.